Berkunjung ke tepi pantai bersama keluarga sememangnya detik manis yang dilalui oleh semua orang. Namun begitu, setiap orang perlulah peka dengan keadaan sekeliling supaya kejadian tidak diingin tidak berlaku. Selain itu, apabila berkunjung ke pantai dan ternampak spesies yang telah terancam, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti.
Seperti yang dikongsikan oleh Jabatan Perikanan di laman Twitter mereka, terdapat enam langkah yang perlu dilakukan sekiranya terjumpa spesies yang terancam terdampar di tepi pantai.
1. Jangan sentuh.
Jangan sesekali sentuh haiwan tersebut, ia mungkin boleh menggigit atau menjadi tertekan dengan kehadiran manusia.
2. Menjaga jarak.
Jarakkan diri anda antara 30-50 kaki dari haiwan tersebut.
3. Lakukan sedikit pemerhatian.
Cuba kenal pasti haiwan itu dari segi warna kulit, bentuk badan dan anggaran saiz.
4. Periksa keadaan haiwan tersebut.
periksa keadaan spesies marin terancam tersebut samada cedera, tersangkut pada pukat atau terbelit dengan tali.
5. Menentukan lokasi
tentukan lokasi kedudukan haiwan, supaya senang dijumpai oleh Pasukan Penyelamat Kedamparan Spesies Marin Terancam.
6. Membuat panggilan kecemasan.
hubungi Jabatan Perikanan Malaysia di talian 03-88885019/0388704058.
Apa yang anda perlu lakukan sekiranya ternampak spesies terancam terdampar di persisiran pantai Malaysia?
Ikuti langkah berikut.#mydof #penerajuperikanan #tamanlautkhazanahnegara #moa #makanankitamasadepankita #staysafe #zerocovid19 pic.twitter.com/pVDc5h2aHL
— Jabatan Perikanan (@DOF_Malaysia) October 11, 2020
SUMBER : Jabatan Perikanan Malaysia