Siakap Keli
Gambar: newschannel5/Sputnik news

Pesawat Tentera Laut AS Terhempas Di Alabama, Dua Juruterbang Dilaporkan Terkorban

Sebuah rumah di Alabama terbakar setelah pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat terhempas pada Jumaat, lapor CNN.

Menurut Pejabat Sheriff Baldwin County, tiada orang awam yang dilaporkan cedera dalam kejadian yang berlaku di Magnolia Springs, Alabama itu.

Memetik laporan Fox8, masih belum dapat dipastikan jenis pesawat dan berapa orang di dalamnya. Pun begitu, Pegawai Tentera Laut mengatakan bahawa dua orang juruterbang terkorban dalam kejadian itu.

Api telah dipadamkan sepenuhnya dan tidak ada kecederaan yang dilaporkan dalam kalangan penghuni rumah tersebut namun rumah dan beberapa buah kenderaan mengalami kerosakan teruk.

Pejabat sheriff berkata bahawa Jabatan Pertahanan AS dan Tentera Laut sedang menjalankan siasatan mengenai kejadian itu.

Sumber: CNN, fox8

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.