Siakap Keli
Gambar Via Bernama

TERKINI COVID-19: Enam Kluster Baharu Dikesan Hari Ini Di Negeri Sembilan, Sabah, Selangor Dan Johor

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Tan Sri Dr Noor Hisham hari ini memaklumkan bahawa terdapat 6 kluster baharu dikesan iaitu Kluster Mesra, Kluster Mega, Kluster Kaya, Kluster Bah Kayu, Kluster Baki dan Kluster Kempas.

Kesemua 6 kluster tersebut melibatkan daerah di negeri Sabah, Negeri Sembilan, Selangor dan Johor.

Kluster pertama ialah Kluster Mesra yang melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah, kes indeks bagi kluster ini iaitu kes 13, 755 telah dikenalpasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 7 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan

Kluster kedua pula ialah Klsuter Mega yang melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah, kes indeks bagi kluster ini iaitu kes 13, 706 telah dikenalpasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 5 Oktober 2020 dan telah dimasukkan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Kluster ketiga ialah Kluster Kaya, kluster baharu ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, kes indeks bagi kluster ini telah dikenalpasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 24 Oktober 2020 dan dimasukkan ke hospital Sungai Buloh dan Hospital Tuanku Ja’far.

Kluster keempat ialah Kluster Bah Kayu yang melibatkan daerah Gombak di Negeri Selangor dan daerah Titiwangsa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kes indeks bagi klusteri ini iaitu kes 17, 371 telah dikenalpasti positif hasil pulang dari kawasan berisiko tinggi di Sabah pada 13 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke hospital Sungai Buloh.

Kluster kelima pula ialah Kluster Baki yang melibatkan daerah Kuching di Sarawak, kes indeks bagi kluster ini iaitu kes 20, 431 telah dikenalpasti positif hasil saringan individu bergejala pada 17 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Umum, Sarawak.

Kluster terakhir ialah Kluster Kempas melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di negeri Johor, kes indeks bagi kluster ini iaitu kes 24, 447 telah dikenalpasti COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 22 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sofea

There's always another side to every story