Siakap Keli

(Video) “Dia Cium-Cium Anak Tu”, Ciuman Terakhir Ibu Kucing Sebelum Anak ‘Dikuburkan’ Bikin Sebak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi yang memelihara kucing, setiap detik bersama haiwan comel itu pastinya sangat bermakna selain menjadi terapi buat diri.

Manakan tidak, keletah mereka yang nakal dan lucu pasti akan menjadi penyeri di dalam rumah.

Disebabkan itu, sukar bagi seseorang untuk menghadapi kematian kucing kesayangan kerana ia dianggap seperti keluarga sendiri.

Sama seperti kiriman Aimi Syahidah di laman Twitter yang memaparkan video semasa dia ‘mengebumikan’ anak kucingnya.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila seekor kucing hitam besar yang turut berada di situ dan mencium anak kucing tersebut.

Menurut Aimi, kucing besar itu sebenarnya bukan ibu kandung kepada anak kucing tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut merasa sedih melihat video tersebut.

Sumber: itsamysy

Sofea

There's always another side to every story