Siakap Keli

(Video) Kos Tak Tinggi, Abang Ni Ajar D.I.Y Mesin “Hand Sanitizer” Semi-Auto, Hanya Guna Bekas “Air Freshener”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ketika musim wabak ini, cecair pensanitasi tangan (hand sanitizer) seakan sudah menjadi benda wajib yang perlu dimiliki oleh setiap orang.

Biasanya kita lihat ia dijual dalam bentuk botol yang boleh dipicit, tapi pernahkah jumpa yang jenis ‘canggih’ punya?

Seorang warganet, Shahril M Shahrip baru-baru ini berkongsi di group Facebook Tukang Apa Hari Ini (TAHI) cara-cara mencipta hand sanitizer secara DIY menggunakan alat-alat buangan.

Tiada benda yang perlu dibeli mahal untuk canggih, cukup sekadar bekas penyembur penyegar udara (air refreshner) terpakai, PVC dan sedikit ‘selok-belok’ pendawaian elektrik.

Mari baca perkongsian ini

Kredit gambar: Shahril M Sharip

Salam, kita baru je nak buat hari tu, hand sanitizer dispencer (kira semi-auto) la dari Automatic Air Refreshner lama (untuk dinding).

Bahan lain, mouse rosak, bateri laptop lama, paip PVC lebih-lebih buangan.

Berikut adalah kronologi pembuatannya:

Berikut adalah video cara-cara pemasangannya:-

Sumber: Shahril M Shahrip

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'