Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Tribun Lombok

Ini Cara Mudah, ‘Rahsia’ Keluarkan Semua Perencah Minyak Mee Segera Dari Sachet Hingga Licin

Bagi penggemar mee segera, anda pasti pernah merasa ‘stres’ kerana tidak dapat mengeluarkan perencah mee dari bungkusannya dengan betul terutama perencah minyak.

Manakan tidak, ia terkadang menyebabkan perencah tersebut terbazir dan pastinya menghilangkan rasa kaw pada mee segera tersebut.

Jangan risau kerana ada cara untuk keluarkan semua isi perencah minyak mee segera sehingga licin.

Mungkin dianggap remeh, namun ini merupakan cara mudah untuk mengeluarkan minyak dalam sachet perencah mee segera.

Menurut Tribun Lombok, perkongsian lelaki Indonesia ini di media sosial menarik perhatian kerana dia berkongsikan cara untuk mengeluarkan minyak dari sachet.

Menerusi perkongsian itu, sementara menunggu air mendidih, anda perlu memasukkan sachet perencah tersebut ke dalam peti sejuk beku.

Disebabkan sudah beku, minyak tersebut akan keluar dengan mudah apabila dituang tanpa meninggalkan sisa sedikit pun.

Sangat mudah caranya, anda tidak perlu untuk tertekan lagi selepas ini. Selamat mencuba!

Sumber: Tribun Lombok

Sofea

There's always another side to every story