Pengerusi Samsung, Lee Kun-hee dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 78 tahun.
Menurut Bloomberg.com, kematian itu disahkan oleh Samsung dalam satu kenyataan pada hari ini. Lee meninggal dunia bersama keluarganya di sisi namun punca kematian tidak didedahkan.
Mendiang dilaporkan menjalani pembedahan pada tahun 2014 kerana serangan jantung dan dirawat kerana kanser paru-paru pada 1990-an.
Dinamakan sebagai salah seorang daripada 100 orang yang paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time pada tahun 2005, Lee bertanggungjawab mengubah Samsung Electronicsc Co. menjadi pengeluar telefon pintar, televisyen dan cip memori terbesar di dunia.
JUST IN: The chairman of Samsung, Lee Kun-hee, has died at the age of 78.
— The Spectator Index (@spectatorindex) October 25, 2020
Chairman of Korea's largest conglomerate, @Samsung Group, #LeeKunhee has died at the age of 78 pic.twitter.com/yvEzKahcJc
— Live Tracker (@livetrackernet) October 25, 2020
Sumber: Bloomberg.com