Gambar Via Bernama

TERKINI: Sembilan Kluster Dikesan Hari Ini Termasuk Di Negeri Pulau Pinang Dan Sarawak

Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini memaklumkan bahawa terdapat sebanyak sembilan kluster baharu dikesan iaitu Kluster Titir, Kluster Omadal, Kluster Bandaran, Kluster Jambul, Kluster Bayan, Kluster Mentari, Kluster Jernih, Kluster Seladah dan Kluster Makekar.

Menurut kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan, semua kluster itu melibatkan beberapa daerah di negeri Sabah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Johor.

Berikut merupakan perincian bagi semua kluster tersebut.

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat sembilan (9) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1) KLUSTER TITIR

Kluster baharu ini melibatkan daerah Keningau di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-20232) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kendiri pada 18 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Keningau.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 23 individu telah disaring dan dikesan positif COVID-19 (12 kes baharu).

2) KLUSTER OMADAL

Kluster baharu ini melibatkan daerah Semporna di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-21073) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 18 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin PPR Bubul Ria, Semporna. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 20 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 188 individu telah disaring, di mana:

21 kes dikesan positif COVID-19 (9 kes baharu); dan
167 individu negatif.

3) KLUSTER BANDARAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18471) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 11 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana:

12 kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu); dan
29 kes dikesan negatif.

4) KLUSTER JAMBUL

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14932) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 9 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana:

8 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
20 individu negatif; dan
2 individu masih menunggu keputusan.

5) KLUSTER BAYAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Barat Daya dan Timur Laut di negeri Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22930) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 21 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lima (5) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 216 individu telah disaring, di mana:

6 kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu);
60 individu negatif; dan
150 individu masih menunggu keputusan.

6) KLUSTER MENTARI

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling, Klang dan Gombak di negeri Selangor, daerah Seremban di Negeri Sembilan dan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-24394) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 22 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 16 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 93 individu telah disaring, di mana:

17 kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu); dan
10 kes dilaporkan negatif; dan
66 individu masih menunggu keputusan.

7) KLUSTER JERNIH

Kluster baharu ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-24435 hingga kes ke-24438) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal pada 22 Oktober 2020 dan mereka telah dimasukkan ke Hospital Rembau. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 11 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 76 individu telah disaring, di mana:

15 kes dikesan positif COVID-19 (11 kes baharu); dan
61 individu masih menunggu keputusan.

8) KLUSTER SELADAH

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kuching dan Serian, negeri Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-24448) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 22 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti enam (6) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 18 individu telah disaring, di mana:

Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu);
Empat (4) individu dikesan negatif; dan
Tujuh (7) individu masih menunggu keputusan

9) KLUSTER MAKEKAR

Kluster baharu ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di negeri Johor, daerah Kemaman dan Dungun, Kuala Terengganu dan Marang di negeri Terengganu serta daerah Klang di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-23800) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 18 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti sembilan (9) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 132 individu telah disaring, di mana:

10 kes dikesan positif COVID-19 (8 kes baharu);
106 individu dikesan negatif COVID-19; dan
16 individu masih menunggu keputusan.

Sumber: KP Kesihatan

Sofea Shahira

There's always another side to every story

Editor: Fazidi

Tambah komen