Kita selalunya dengar jenis-jenis ayam yang biasa wujud di sekeliling kita seperti ayam kampung, ayam belanda, ayam hutan dan sebagainya.
Tetapi, mungkin ada antara kita yang belum kenal apa itu ayam pegar.
Jangan tidak tahu, sebenarnya burung pegar ini ada di negara kita dan kini ia sudah termasuk dalam kategori haiwan ‘hampir pupus’ dalam Senarai Merah Spesies Terancam di bawah Kesatuan Antarabangsa Konservasi Alam (IUCN Red List).
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung (PERHILITAN)

Kenali spesies: ayam pegar
Ayam pegar (Crested Fireback) atau nama saintifiknya Lophura ignita merupakan keluarga kuang yang dikategorikan oleh IUCN Red List of Threatened Species sebagai Near Threatened (NT).
Di Semenanjung Malaysia, spesies ini adalah dilindungi sepenuuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Ayam pegar adalah burung bersaiz sederhana yang boleh mencapai hingga 70 sentimeter panjang. Ia boleh ditemui berhampiran kawasan sungai di hutan tanah pamah.

Spesies ini sering dilihat dalam kumpulan kecil terdiri daripada lima hingga enam ekor dan diketuai oleh seekor jantan. Burung jantan berwarna biru gelap kehitaman dengan warna putih pada bahagian tengah ekornya.
Pada bahagian mukanya, terdapat facial skin yang berwarna biru dan kakinya berwarna kemerahan. Burung betina sangat berbeza dengan burung jantan. Ianya berwarna coklat kemerahan.
Diet pemakanan ayam pegar ialah buah-buahan, anai-anai, semut dan serangga kecil.
Sumber: PERHILITAN, IUCN Red List