Siakap Keli

(Video) “Jaga Hubungan Dengan Mak Ayah, Kamu Tak Tahu Apa Yang Akan Terjadi Esok”, Pesanan ‘Terakhir’ Khabib Selepas Umum Persaraan

Juara UFC kategori Leighweight 29 kali tanpa rekod kekalahan, Khabib Nurmagomedov hari ini secara rasminya mengisytiharkan dirinya bersara daripada gelanggang pertempuran.

Khabib mengumumkan keputusan tersebut selepas merangkul kemenangan dramatik menumpaskan seterunya, Gaethje pada perlawanan terakhir pagi tadi,

Dalam temubual khas bersama pemberita, Khabib turut menyelitkan nasihat tentang pentingnya mendengar dan mentaati ibu bapa.

“Jaga hubungan dengan ibu ayah anda kerana satu hari pasti akan berlaku sesuatu.

“Anda tidak akan tahu apa yang akan terjadi esok (satu hari nanti). Anda tidak akan tahu,” katanya dalam temubual berkenaan.

Difahamkan, persaraan ini juga adalah perintah ibunya yang meminta Khabib untuk tidak meneruskan lagi perjuangannya selepas ketiadaan ayahnya.

Arwah ayahnya, Abdulmanap Nurmagomedov telah meninggal dunia pada 3 Julai lalu akibat mengalami komplikasi kesihatan disebabkan jangkitan COVID-19.

Sumber: Youtube, UFC, The Sun

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'