Siakap Keli

(Video) ”Saya Mahu Mulakan Hidup Baru & Saya Sangat Percaya Dengan Akhirat”- Khabib

Juara UFC kategori Leightweight, Khabib Nurmagomedov baru sahaja ‘menggantung’ sarung tangan tempurnya untuk bersara terus daripada gelanggang.

Kemenangan menumpaskan lawannya, Justin pada perlawanan pagi tadi merupakan kejayaan besarnya dalam mengekalkan rekod tanpa kalah buat kali ke-29.

Difahamkan, dia berbuat demikian adalah kerana mematuhi perintah ibunya yang mengkehendakinya untuk bersara selepas ayahnya, Abdulmanap Nurmagomedov meninggal dunia pada 3 Julai lalu.

Gambar: UFC

Bersara ketika berada di puncak kejayaan selepas kemenangan ke-29 dan terakhir adalah detik paling dramatik yang dilaluinya hari ini.

Ia ditangisi serta dihormati oleh ribuan peminatnya di seluruh dunia.

“Saya kan helang, saya mahu terbang & bebas..”

Sebelum ini, satu video berdurasi dua minit 13 saat dimuat naik ke Youtube memaparkan ucapan Khabib berkenaan perancangannya untuk bebas.

Kata Khabib, dia selepas ini mahu bebaskan dirinya dan berasakan ‘masanya’ (karier) sudah ‘tamat’.

“Saya mahu bebas. Saya mahu meluangkan masa bersama keluarga, kawan-kawan, masyarakat, orang kampung dan sebagainya.

“Segalanya akan tamat satu hari nanti. Semua orang akan masuk ke kubur nanti,” katanya dalam video berdurasi 2.13 tersebut.

Percaya kepada akhirat

Dalam pada itu, Khabib juga menjelaskan untuk memulakan kehiduapan baharu selepas ini.

“Saya mahu mulakan hidup baharu. Saya sangat percaya dengan kehidupan selepas mati (akhirat). Saya mahu bantu orang supaya saya boleh masuk syurga.

“Segalanya apa yang kita beri, yang kita buat, anda kena buat sesuatu untuk kehidupan di akhirat nanti,” katanya lagi.

Untuk ucapan penuh, boleh tonton video yang dimuat naik ke Youtube di bawah ini:-

Bagaimanapun, tarikh asal ucapan ini dirakam tidak dapat diketahui.

Sumber: Youtube

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'