Siakap Keli

5 Senaman Merangkak Ini Boleh Bantu Turunkan Berat Badan

Selain mengamalkan permakanan yang sihat dan seimbang, bersenam juga merupakan salah satu cara hidup sihat yang ideal dan bagus untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Bersenam tidak semestinya perlu menggunakan pergerakkan yang rumit, cukup dengan hanya senaman ringan seperti merangkak atau gaya lain yang lebih mudah. Sekurang-kurangnya ada sedikit pergerakkan yang dilakukan, tidaklah hanya duduk dan merenung skrin kaca yang bercahaya itu sahaja.

Berikut 5 pergerakkan merangkak yang boleh kita amalkan.

1 . Merangkak seperti bayi

Pergerakkan ini tidak jauh beza seperti seorang bayi, cuma ianya memerlukan gaya sedikit tegap. Untuk melakukan gaya ini, lutut haruslah berada selari dengan pinggul dan bahu harus selari dengan tangan seterusnya bergerak ke depan dengan mengekalkan posisi badan.

2 . Merangkak dengan kaki lurus

Gerakan merangkak ini tak jauh beza dengan yang sebelumnya. Posisi kali ini anda perlu sedikit mebungkuk, letakkan tangan di lantai dan luruskan kaki kebelakang seperti push up. Kemudian bergerak maju seperti merangkak.

3 . Merangkak seperti beruang

Dengan posisi merangkak, Posisikan lutut di bawah pinggul dan tangan di bawah bahu. Kemudian angkat lutut hingga membentuk sudut 90 darjah dan sedikit melayang dari lantai. Pastikan punggung dalam posisi rata. seterusnya, buka kaki selebar pinggul dan lengan selebar bahu. Selanjutnya gerakkan kaki kiri dan tangan kanan ke depan pada jarak yang sama, ulang gerakan untuk sisi yang lain.

4 . Merangkak seperti gorila

Untuk melakukan gerakan ini, yang pertama anda haruslah berdiri tegak terlebih dahulu ,pastikan jarak kaki lebih lebar dari lebar bahu, kemudian membongkok dan letakkan tangan di lantai. Seterusnya, pindahkan beban ke tangan dan kemudian lompat ke depan. Letakkan kaki di sebelah tangan dan tangan yang lain di depan. Ulangi gerakan 10 kali.

5 . Inchworm

Buat posisi seperti plank, kemudian mulai bergerak maju dengan menggerakkan salah satu tangan ke depan. Gerakkan kaki mengikut tangan namun jaga posisi dan tetap statik. Ulangi gerakan untuk tangan lainnya.

Sumber- Kompas.com

Faiz Mustafa