Siakap Keli

“Berita Palsu Yang Tak Boleh Diterima,” Pogba Menafikan Laporan Dia Mahu Berhenti Bermain Dari Skuad Perancis

Bintang sensasi Manchester United, Paul Pogba dalam satu kiriman terbaharu di Twitter beliau menafikan berita yang berlegar di media sosial ketika ini iaitu beliau berhenti bermain untuk pasukan Perancis selepas satu kenyataan dari Presiden negara itu.

Pogba hanya memuatnaik screenshot laporan berkenaan dan meletakkan tanda “Unacceptable Fake News” (Berita Palsu yang tidak boleh Diterima). Pemain yang membarisi pasukan Perancis ketika mereka menjulan Piala Dunia itu menjawab segala spekulasi yang tular di media sosial kini.

Paul Pogba kini beraksi untuk kelab Manchester United yang berhijrah dari Juventus beberapa musim yang lalu.

Sumber: Paul Pogba

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)