Siakap Keli
Gambar: Pinterest

Hanya Satu Daerah Masih Kekal Sebagai Zon Hijau Di Sabah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi ciapannya di Twitter telah berkongsikan taburan kes positif Covid-19 mengikut daerah di Malaysia.

Menurut ciapan tersebut, KKM menyatakan bahawa hanya Tongod sahaja yang masih kekal zon hijau bagi daerah di negeri Sabah.

Menerusi data grafik yang dikeluarkan KKM, Kota Kinabalu serta Tawau adalah antara daerah yang paling tinggi mencatatkan kes dalam zon merah bersama dengan 15 daerah yang lain manakala lapan daerah di Sabah lagi berada dalam zon kuning.

Walau bagaimanapun, KKM menyatakan bahawa peningkatan kes di Sabah adalah hasil saringan besar-besaran dan pengesanan kes aktif yang dijalankan.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right