Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Lelaki Berusia 27 Tahun Antara 7 Pesakit Covid-19 Yang Disahkan Meninggal Dunia Hari Ini

Setakat hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 7 lagi kes kematian yang direkodkan setakat hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 236 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Seluruh warga KKM menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Ini perincian kes kematian yang melibatkan tujuh kes kebanyakannya mempunyai latar belakang penyakit kronik dan kesemua mangsa adalah pesakit yang dirawat di Hospital di Sabah.

1. Kes kematian 230 merupakan seorang lelaki berusia 67 tahun yang dirawat di Hospital Duchess of Kent. mangsa mempunyai latar bekalang penyakit Sunsitis.

2. Kes kematian 231 merupakan seorang lelaki berusia 71 tahun yang dirawat di Hospital Queen Elizabeth yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung.

3. Kes kematian 232 merupakan seorang wanita berusia 51 tahun yang dirawat di Hospital Queen Elizabeth yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia.

4. Kes kematian 233 merupakan seorang lelaki berusia 61 tahun yang dirawat di Hospital Tuaran dan mangsa merupakan orang kelainan upaya (Buta).

5. Kes kematian 234 merupakan seorang lelaki berusia 50 tahun yang dirawat di Hospital Queen Elizabeth yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik dan jantung.

6. Kes kematian 235 merupakan seorang lelaki berusia 90 tahun yang dirawat di Hospital Duchess of Kent.

7. Kes kematian 236 merupakan seorang lelaki berusia 27 tahun yang dirawat di Hospital Tawau.

 

 

 

 

 

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang