Siakap Keli
Gambar: ArcGIS StoryMaps

Semua Daerah Di Selangor Kini Berada Di Zon Kuning Atau Merah – KKM

Semua daerah di negeri Selangor kini berada dalam zon kuning atau merah, lapor KKM.

Menurut kemaskini Kementerian Kesihatan (KKM) semalam, pertambahan 88 kes baharu yang dicatatkan di Selangor termasuk 1 kes di Sabak Bernam telah menjadikan seluruh daerah di Selangor kini berada dalam zon kuning serta merah.

Antara 88 kes baharu yang dicatatkan Selangor pada semalam, 34 daripadanya datang daripada kluster-kluster sedia ada, 5 kes lagi dicatatkan daripada kluster baharu iaitu Kluster Mentari, 28 kes lain pula datang daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19, manakala 21 kes lagi datang daripada lain-lain saringan COVID-19.

KKM juga turut menyatakan bahawa daerah yang mempunyai kes paling tinggi di negeri Selangor adalah daerah Petaling.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right