Siakap Keli
Daily Mail

(Video) Kucing Peliharaan Buat Hal, Buka Paip Air Dan Tutup Saluran Sinki Sampai Air Melimpah Banjiri Rumah

Memelihara haiwan kesayangan merupakan suatu terapi emosi yang sangat baik lebih-lebih lagi apabila anda memelihara seekor kucing.  Kucing mempunyai telatah yang nakal dan manja amat mencuit hati tidak kira pada sesiapa pun. Kucing juga adalah teman yang paling manja dan setia sewaktu anda dalam kesunyian.

Namun, menerusi laman portal Dailymail, seekor kucing telah ‘membanjiri’ rumah tuannya selepas ia membuka paip dan menyekat laluan keluar air ketika pemiliknya keluar ke kedai untuk membeli makanan tengah hari.

Jasmin Stork, 26, mengatakan kucing teman lelakinya, Robbie, menunjukkan reaksi seolah-olah ‘tidak bersalah’ setelah menyebabkan keseluruhan rumahnya di Kingston-upon-Hull dibanjiri air.

Amber, kucing jenis Bengal yang berusia satu tahun telah membuka paip dan menyekat aliran keluar air di sinki ketika Jasmin pergi mencari makanan tengah hari selama 30 minit, air yang berterusan keluar menyebabkan air mengalir ke siling ruang tamu dan mengalami jumlah kerosakan yang tinggi.

Pemilik kucing itu telah merakamkan aksi kucing itu membuka paip beberapa hari sebelumnya, tetapi tidak menyangka Amber akan menggunakan ‘helah’ baru dengan menutup laluan keluar air itu juga.

“Saya menyedari hal itu sebaik sahaja berjalan ke ruang tamu dan saya melihat apa yang telah terjadi,” kata Jasmin. “Saya berlari ke atas kerana air melimpah di mana-mana saja.”

“Amber menganggap bahawa ia adalah seekor kucing yang hebat. Dia duduk di pintu dapur menghala ke ruang tamu, bermain air dengan riang seperti sesuatu yang menyeronokkan. Amber menunjukkan reaksi tidak menyesal sama sekali.”

Jasmin telah bekerja dari rumah pada 7 Oktober, ketika dia hendak keluar membeli makanan. Tetapi, walaupun hanya berada di luar rumah selama 30 minit, penyelaras projek itu kembali ke rumah yang dipenuhi air  yang mengalir deras melalui siling ruang tamu rumahnya.

“Saya hanya pergi ke kedai pada waktu makan tengah hari saya sehingga tidak mengingati bahawa pintu tandas terbuka”, kata Jasmin, “Kerana Amber baru saja tidur sepanjang pagi.”

“Saya bersyukur saya hanya tiada 30 minit saja dan tidak keluar bekerja sepanjang hari. ini pasti akan menjadi lebih teruk!”

“Kami masih mengeringkan beberapa barang”, katanya, “Oleh itu, kami belum tahu berapa banyak kerosakan yang perlu ditangani.”

Sehingga kini, rakaman video kucing itu yang membuka paip dan menyebabkan banjir telah dilihat lebih daripada 140,000 kali sejak dimuat naik ke TikTok.

“Saya sangat bingung mengapa ia berlaku. Kemudian keesokan harinya, saya berada di tandas dan Amber masuk dan melompat ke singki dan ingin membuka paip sekali lagi.

“Di sini saya mula sedar bahawa saya perlu untuk menutup pintu bilik air jika saya keluar kemana-mana. Jika tidak, pasti Amber akan mengulanginya lagi malah lebih teruk.” 

SUMBER : Dailymail 

Aziezzan