Siakap Keli
khabib
Gambar: Google/Bernama

(Video) “Taat Ibu Bapa, Sentiasa Berdoa”, Dr Zulkifli Kongsi Iktibar Daripada Khabib

Kemenangan Khabib Nurmagomedov menentang Justin Gaethje semalam membuatkan beliau terus dikagumi tidak kira kawan mahupun lawan.

Mengumumkan perlawanan itu sebagai perlawanan terakhir dan ingin berbakti kepada ibunya, nama Khabib terus disebut sebagai salah seorang lagenda yang mirip Muhammad Ali dengan keteguhan pegangan agamanya.

Bak kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tanpa kemenangan itu pun beliau sudah lama memenangi hati orang ramai dengan akhlak dan agamanya.

Berikut adalah kiriman Dr Zulkifli yang menzahirkan kekaguman di samping berkongsi iktibar daripada ikon gusti tersebut.

Kemenangan Khabib Nurmagomedov dengan triangle choke semalam mengakhiri sejarah kegemilangannya yang layak ditulis dengan tinta emas.

Saya bukanlah penggemar tegar MMA. Tetapi tertarik menontonnya sejak Khabib mula menjadi fenomena.

Beberapa iktibar yang boleh kita ambil daripada beliau:

1. Taat ibu bapa.
2. Sentiasa berdoa.
3. Kejayaan disusuli dengan sujud syukur.
4. Tidak bangga diri. Ini membezakan beliau dengan ramai yang lain.
5. Bersara ketika di puncak.
6. Disegani lawan dan kawan. McGregor pun memuji perlawanan semalam.

Saya suka ulang-ulangi video ucapan Alhamdulillah ini. Hakikatnya, tanpa kemenangan ini pun, beliau sudah lama memenangi hati ramai orang dengan akhlak dan agamanya.

Kata pujangga terkemuka, almarhum Ahmad Syauqi,

وإنِّما الأُمَمُ الأخلاقُ ما بَقِيَتْ *** فَإنْ هُمُ ذَهَبَتْ أَخلاقُهُمْ ؛ ذَهَبُوا

“Dan sesungguhnya semua umat kekal selama adanya akhlak. Apabila mereka hilang akhlak, maka lenyaplah umat tersebut.”

Khabib Nurmagomedov akan menjadi legenda selamanya.

 

 

View this post on Instagram

 

Kemenangan Khabib Nurmagomedov dengan triangle choke semalam mengakhiri sejarah kegemilangannya yang layak ditulis dengan tinta emas. Saya bukanlah penggemar tegar MMA. Tetapi tertarik menontonnya sejak Khabib mula menjadi fenomena. Beberapa iktibar yang boleh kita ambil daripada beliau: 1. Taat ibu bapa. 2. Sentiasa berdoa. 3. Kejayaan disusuli dengan sujud syukur. 4. Tidak bangga diri. Ini membezakan beliau dengan ramai yang lain. 5. Bersara ketika di puncak. 6. Disegani lawan dan kawan. McGregor pun memuji perlawanan semalam. Saya suka ulang-ulangi video ucapan Alhamdulillah ini. Hakikatnya, tanpa kemenangan ini pun, beliau sudah lama memenangi hati ramai orang dengan akhlak dan agamanya. Kata pujangga terkemuka, almarhum Ahmad Syauqi, وإنِّما الأُمَمُ الأخلاقُ ما بَقِيَتْ *** فَإنْ هُمُ ذَهَبَتْ أَخلاقُهُمْ ؛ ذَهَبُوا “Dan sesungguhnya semua umat kekal selama adanya akhlak. Apabila mereka hilang akhlak, maka lenyaplah umat tersebut.” Khabib Nurmagomedov akan menjadi legenda selamanya.

A post shared by Menteri di JPM (HEA) (@drzulkifli.albakri) on

Sumber: Instagram

Amira

Love yourself.