Siakap Keli

Ini 5 Drama Korea Yang Korang Boleh Tonton Sepanjang Tempoh PKPB Di Rumah

SK tahu mesti ramai di antara korang yang berada di kawasan PKPB telah menghadkan aktiviti di luar dan majikan pun dah suruh korang kerja di rumah saja. Bila duduk kat rumah ni banyak masa dan aktiviti boleh dilakukan seperti bersenam, memasak dan yang paling best adalah menonton drama Korea. Untuk pengetahuan korang, Viu iaitu penyedia perkhidmatan penstriman telah menyediakan untuk korang layan drama-drama terbaik dari Korea yang kini menjadi trend di Malaysia dan ini 5 drama Korea terbaik yang ‘wajib’ korang habiskan layan sepanjang tempoh PKPB:

1. Tale of Nine Tailed

Dibintangi oleh Lee Dong-Wook, Jo Bo-Ah dan Kim Beom. Drama fantasi bersiri ini mengisahkan Gumiho atau musang jadian berekor sembilan yang dilakonkan oleh Lee Dong-Wook yang datang dan ingin menyesuaikan dirinya di bandar. Dia sering dikejar oleh seorang wanita yang juga penerbit di sebuah stesen televisyen yang dilakonkan oleh Jo Bo-Ah. Apakah kesudahannya? Jom sama-sama kita tonton.

2. Lie After Lie

Dibintangi oleh Lee Yoo Ri. Yeon dan Jung Hoon. Drama ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Eun Su yang dituduh membunuh suaminya sendiri yang juga anak kepada seorang konglomerat. Ketika berada di dalam penjara, Eun Su telah melahirkan seorang anak perempuan tapi dia mengambil keputusan menghantar anaknya kepada ibu mentuanya kerana mahi anaknya mendapat kehidupan yang sempurna tetapi semuanya tidak jadi seperti apa yang Eun Su inginkan. Drama bersiri ini juga adalah eksklusif di Viu dan telah memecah rekod tontonan tertinggi di saluran TV A di Korea.

3. 18 Again

Dibintangi oleh Kim Ha Neul dan Yoon Sang Hyun. Drama 18 Again ini mengisahkan pasangan yang sudah berkahwin iaitu Dae Yong dan Da Jung. Selepas umur 18 tahun mereka hampir bercerai namun Dae Young masih mengharapkan keajaiban berlaku dalam rumah tangganya sehinggalah dia berjumpa dengan seorang budak 18 tahun yang sama seperti dirinya dahulu. Drama ini diadaptasi dari sebuah filem Amerika Syarikat yang dibintangi Zac Efron.

4. Zombie Detective

Dibintangi oleh Choi Ji-Hyuk dan Park Joo-Hyun. Drama ini mengisahkan tentang KimMoo-Young yang telah mejadi zombi selama dua tahun. Untuk menyelamatkan dirinya, dia perlu meniru tingkah laku penduduk kampung sebelum dia berhijrah ke bandar. Setelah beberapa ketika di bandar, dia membuka sebuah pejabat yang menjalankan perkhidmatan detektif persendirian. Apa kesudahannya? Kena la tonton sampai habis. Platform Viu menjadi platform pertama drama Zombie Detective ini disiarkan. Jadi, korang boleh jadi yang pertama layan drama ini.

5. More Than Friends


Dibintangi oleh Ong Seong-Wu dan Shin Ya-Eun. Drama ini mengisahkan dua sahabat baik iaitu Lee Soo dan Kyung-Woo yang kedua-dua mereka tidak mengetahui ada menyimpan perasaan cinta sesama sendiri selama 10 tahun. Apa kesudahan cinta mereka nanti? Boleh tonotn di Viu sampai habis ya.

Itulah dia lima drama Korea yang korang boleh tonton sepanjang tempoh PKPB ini. Rugi kalau korang tak langgan Viu ni. Lagi-lagi kalau korang memang peminat drama Korea sebab ada banyak drama Korea yang korang boleh layan. Langganan serendah RM12.90 je sebulan. Untuk melanggan klik link di SINI. Ini 7 keistimewaan kalau korang pilih Viu.

1. Drama terkini
2. Rancangan premium (Jika anda melanggan sahaja)
3. Boleh tonton di televisyen (Hanya Android TV dan TV jenama LG yang terpilih)
4. Muat Turun tanpa had
5. Tiada iklan (Jika anda melanggan sahaja)
6. Strim dalam Definisi Tinggi
7. Sarikata Bahasa Melayu

Korang boleh gunakan kod VIU7HARI untuk dapatkan 7 hari percubaan Premium percuma dan hanya sah digunakan di aplikasi Viu sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Viu di SINI atau muat turun Viu di telefon pintar anda melalui Google Play Store dan Apple App Store sekarang.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)