Siakap Keli
surat dr zulkifli duta perancis
Gambar: Bernama/Google

Isu Karikatur Nabi Muhammad: Dr Zulkifli Utus Surat, Hadiahkan Kitab Biografi Nabi Muhammad Buat Duta Perancis

Berhubung peristiwa terkait karikatur Nabi Muhammad SAW oleh Charlie Hebdo, Menteri Hal Ehwal Agama di Malaysia juga tampil dengan langkah tersendiri mendekati duta Perancis di Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Frédéric Laplanche bagi menzahirkan pandangannya berkenaan itu tersebut.

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kirimannya berkongsi isi kandungan surat khas buat Duta Perancis di Malaysia, sekaligus menghadiahkan beliau dengan sebuah kitab biografi Nabi Muhammad S.A.W, al-Shamail al-Muhammadiyah untuk bacaan duta tersebut.

Saya telah menulis surat khusus berhubung peristiwa terkait karikatur Nabi Muhammad ﷺ oleh Charlie Hebdo, kepada Tuan Yang Terutama Duta Perancis di Malaysia.

Surat ini akan dihantar hari ini kepada Kedutaan Perancis.

Bersempena dengan bulan Rabi’ul Awwal yang juga bulan kelahiran Rasulullah SAW, saya hadiahkan beliau sebuah buku bertajuk al-Shama’il al-Muhammadiyyah (The Sublime Qualities of the Prophet Muhammad ﷺ) terjemahan Bahasa Inggeris.

Perancis adalah antara negara Eropah pertama mengadakan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas negara ini mencapai kemerdekaannya pada 1957. Semoga peristiwa ini memberi pengertian yang besar dalam memaknakan lagi hubungan erat antara Malaysia dan Perancis.

Berikut adalah kandungan surat tersebut yang telah kami terjemahkan;

Bagi pihak penganut Islam di Malaysia, saya percaya kita berada pada pegangan yang sama; tindakan ekstemisme dan keganasan adalah tidak mewakili mana-mana agama di dunia.

Kita sebagai pemimpin komuniti perlu mengekang tindakan itu dan memujuk anak muda yang terdedah untuk melakukan tindakan tersebut agar menahan diri serta menzahirkan ketidakpuasan hati dengan cara yang aman.

Firman Allah di dalam Al-Quran,

“.. sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.” (5:32)

Merujuk kepada isu terkini kartun Charlie Hebdo mengenai karikatur Nabi Muhammad S.A.W, kami turut kesal dan kecewa mengenai insiden itu.

Kami berkongsi ungkapan yang sama dengan Syeikh Dr Ahmed Al-Tayyib, Imam Besar Al-Azhar dan Pengerusi Muslim Council of Elders.

Sukar untuk dipercayai dalam dunia moden ini, sebahagian kita masih tdak mengenali kepentingan hidup bersama dengan aman.

Islam bukan agama yang asing di Perancis. Francis I dan Suleiman I (turut dikenali sebagai Suleiman yang Agung) telah berkolaborasi sebagai sekutu Perancis-Uthmaniyah menentang Maharaja Rom Charles V dan Henry VIII of England.

Ketika musim sejuk 1543-1544, selepas pengepungan, Toulon digunakan sebagai pangkalan tentera laut di bawah Laksamana Ariadenus Barbarussa (Hayreddin Barbarossa). Gereja besar Toulon telah ditukar mejadi Masjid sehingga Uthmaniyah meninggalkan bandar itu.

Saya ingin menarik perhatian Tuan Yang Terutama dalam bulan mulia Rabiul Awal (18 Okt – 17 Nov) ini mengikut kalendar Islam. Bulan Rabiul Awal ini merupakan masa yang tepat untuk mendapatkan salinan kitab biografi (Sirah) dan belajar tentang kehidupan Nabi Muhammad S.A.W, adab dan peribadinya yang indah. Kamu hanya boleh mencintai seseorang hanya jika kamu mengenali siapa dirinya.

Kami sebagai Muslim tidak akan membalas dendam kartun provokatif dengan cara yang sama atau menzahirkan kebiadaban kepada umum. Kami berpegang teguh kepada kata-kata Nabi,

“Yang terbaik antara kalian ialah yang tidak menyakiti yang lain dengan lidah dan tangannya.”

Dengan kesyukuran daripada pihak kami, terimalah hadiah sederhana ini bertajuk Al-Shamail al-Muhammadiyyah (Kualiti Luhur Muhammad). Moga Tuhan memberkati Tuan Yang Terutama.

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Sumber: Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, The Guardian

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.