Siakap Keli

Makanan Percuma Untuk Asnaf, Pelajar Dan Abang-Abang Penghantar Makanan Di Bandar Baru Bangi

Kerajaan telah mengumumkan beberapa buah negeri dilanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat termasuklah di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Bagaimanapun masih boleh menjalankan aktiviti perniagaan dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Namun, seperti mana yang kita tahu, ramai di antara kita terpaksa ‘survive’ dalam tempoh PKPB ini. Jadi, bagi meringankan beban mereka yang terjejas ini, seorang insan terpilih turut membantu menyediakan makanan secara percuma kepada individu yang kurang kemampuan termasuklah para pelajar di intitusi berdekatan dengan kedai makan ini.

Benar, tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Jadi, kepada orang ramai yang turut ingin meringankan beban mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19 ini boleh membantu dan menghubungi nombor telefon yang disediakan di bawah.

Bismillah, Kami menyediakan makanan percuma setiap hari di antara pukul 2 petang- 5 petang untuk sesiapa sahaja yang memerlukan atau kurang berkemampuan. Makanan akan di masak oleh volunteer kami sendiri setiap hari, jika malam kami sediakan burger. Kedai amal kami beroperasi ( waktu PKPB ) di antara pukul 2 petang hingga 10 malam.

Di antara bantuan komuniti yang kami lakukan setiap hari selain bantuan pengurusan jenazah percuma dan ambulans komuniti di bandar Baru Bangi.

Boleh datang untuk makanan percuma…

Student yang kurang berkemampuan juga boleh datang, tidak lupa semua rider penghantar makanan seperti Grab, Food Panda, Grab Car, ‘abang’ Posmen dan lain-lain boleh datang untuk makanan secara percuma.

Kepada yang ingin menyumbang untuk bahan mentah boleh hubungi saya 0122493378 atau apa-apa pertanyaan. Lokasi kedai kami ( Waze Amal halal food ) Atau Waze restoran Satey Baung Sekyen 7 dan akan nampak kedai runcit Siti Balkis dan kami dibelakangnya. Terima kasih semua warga Bandar Baru Bangi.

Sumber: Mohd Zulhairi Zainol

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang