Siakap Keli
Gambar: Proton Cars

Masanya Telah Tiba, Pelancaran Rasmi Proton X50 Dengan Harga Serendah RM79,200

Pasti ramai diantara kita yang sedang tertanya-tanya tentang harga bagi kereta Proton X50 yang hangat diperkatakan kebelakangan ini di media sosial.

Penantian tersebut akhirnya berakhir selepas Proton membuat pelancaran rasmi menerusi live di akaun Facebook rasminya dengan turut mengumumkan sekali harga rasmi bagi model Proton X50.

Menerusi pengumuman harga yang dibuat oleh Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Esekutif PROTON,  terdapat 4 spesifikasi ditawarkan bagi model ini.

Harga atas jalan tanpa insurans bagi Proton X50 1.5 TGDi Flagship ialah RM 103,300.

Harga bagi Proton X50 1.5T Premium pula ialah RM 93,200 manakala harga bagi Proton X50 1.5T Executive ialah RM 84,800.

Harga bagi Proton X50 1.5T Standard ialah RM 79,200.

Menurutnya, kesemua haraga itu sah sehingga 31 Disember 2020 sejajar dengan pengecualian cukai jualan di bawah skim PENJANA.

Sumber: Proton Cars

Aqmal Ezany

I write what is right