Siakap Keli

Mayat Kanak-Kanak Berusia 6 Tahun Ditemukan Lemas Di Tali Air

BACHOK, 27 Okt – Seorang kanak-kanak Muhammad Danish Aidil Mohd Hasrol, 6, ditemukan lemas di dalam tali air di Taman Bator Harmoni, Seneng, Jelawat, Bachok, pukul 3.20 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Bachok DSP Samsulmuddin Sulaiman berkata, sebeum itu mangsa dilaporkan sedang bermain bersama dua rakan sebaya berhampiran tali air berkenaan.

“Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam tali air sebelum lemas,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, seorang anggota Rela yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian cuba menyelamatkan mangsa, namun disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Gunong di sini.

Katanya, mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang