Siakap Keli

Mungkin Ramai Yang Keliru, Ini Fungsi Akaun 1 Dan Akaun 2 KWSP Anda

Semua pastinya sudah sedia maklum bahawa KWSP ini dibahagikan kepada dua akaun. Caruman yang anda dapat setiap bulan daripada majikan akan dibahagikan kepada 70:30.

Sebanyak 70% akan disalurkan ke Akaun 1 manakala baki 30% itu akan dimasukkan ke dalam Akaun 2.

Mengikut kadar caruman semasa adalah 23% daripada gaji pekerja : dimana 11% adalah caruman pekerja yang dipotong daripada gaji bulanan pekerja manakala 12% adalah caruman oleh majikannya. Bersamaan:

Akaun 1 = 70% daripada caruman bulanan daripada majikan
Akaun 2 = 30% daripada caruman bulanan daripada kita sendiri

Akaun 1

Simpanan di dalam Akaun 1 ini adalah bertujuan untuk kegunaan selepas bersara dan pelaburan kita sahaja. Jadi, simpanan di dalam Akaun 1 ni sama sekali tidak boleh diusik atau dalam erti kata lain tidak boleh dikeluarkan sepenuhnya sebelum kita mencecah umur 55 tahun.

Disarankan agar anda meletakkan penama, jika tidak nanti waris akan mempunyai masalah untuk membuat tuntunan. Penama boleh terdiri daripada suami/isteri/ayah/ibu/anak atau individu yang kita nak wariskan harta kita.

Anda juga dibenarkan untuk melabur sebahagian daripada simpanan ini di atas kerelaan diri sendiri.

Akaun 2

Simpanan di dalam Akaun 2 pula adalah bertujuan untuk membantu kita membuat persediaan bila nak bersara.

Oleh itu, pengeluaran dibenarkan bagi tujuan seperti:

[a] Usia kita mencecah umur 50 tahun.
[2] Membuat pembayaran pendahuluan pembelian rumah pertama
[3] Penyelesaian baki pinjaman perumahan bagi rumah pertama
[4] Pembiayaan pendidikan diri kita dan juga anak-anak kita.
[5] Menampung kos-kos perubatan diri kita dan anak-anak kita.
[6] Menunaikan haji (berkuatkuasa 1 Januari 2013).

Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.