Siakap Keli
rentas negeri PKPB
Gambar: RTM

SOP PKPB Mengenai ‘Weekend Husband’ Memang Asalnya Dahulu Dibenarkan, Tapi Perlu Dapat Kebenaran Polis -Ismail Sabri

Putrajaya, 27 Oktober – Kerajaan membenarkan pasangan jarak jauh merentas negeri atau daerah memasuki daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atas kebenaran pihak polis.

Ujar Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, individu yang terlibat hendaklah membuat permohonan kebenaran daripada pihak polis sepertimana yang digariskan dalam prosedur operasi standard (SOP) PKPB Mei lalu.

“SOP PKPB yang kita perkenalkan hari ini sama dengan SOP PKPB yang telah kita perkenalkan sewaktu PKPB  bulan Mei lalu.

“Dan SOP PKPB mengenai weekend husband atau weekend wife yang seminggu sekali bertemu, bersama keluarga masing-masing, memang asalnya dahulu dibenarkan tetapi perlulah mendapat kebenaran pihak polis terlebih dahulu,” katanya ketika menjawab soalan wartawan.

Tambahnya, individu yang ingin merentas negeri atau daerah atas tujuan berkenaan perlu mengemukakan bukti bagi mendapatkan kebenaran pihak polis.

“Jadi sebelum balik, jumpa pihak polis dan maklumkan dengan tujuan dan bukti-buktinya, insyaAllah polis akan benarkan,” katanya.

Jelasnya, orang ramai boleh merujuk mengenai sebarang peraturan dan SOP di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara bagi prosedur permohonan dan perincian lain.

Sumber: RTM

Amira

Love yourself.