Siakap Keli
Gambar: Eating Disorder

“Susah Turun Berat Badan Sebab Sering Makan Lewat Malam?” Ini 3 Tips Boleh Cuba Elak ‘Manjakan’ Perut Waktu Malam

Mempunyai berat badan yang ideal sudah pastinya menjadi idaman setiap orang. Apa tidaknya, berat badan yang seimbang dapat memberikan keyakinan kepada seseorang. Pun begitu, bukanlah perkara mudah untuk memastikan berat badan kekal seimbang. Dengan dugaan lambakan makanan yang enak-enak, sudah pastinya akan membantutkan usaha untuk menurunkan berat badan.

Lebih parah apabila perut ‘meminta-minta’ dijamu pada waktu lewat malam. Sudah pastinya akan menjejaskan berat badan. Pun begitu janganlah risau kerana Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman Twitter berkongsikan tips untuk mengelak makan pada waktu lewat malam.

Bagi mengelakkan makan lewat malam, ingat beberapa perkara berikut:

1.Rancang waktu makan harian

  • Jangan langkau waktu makan untuk elakkan rasa lapar melampau pada waktu makan seterusnya
  • Amalkan #sukusukuseparuh bagi setiap waktu makan
  • Ambil snek sihatseperti buah/susu sebelum tidur jika perlu

2.  Elak tidur lewat

  • Berjaga lewat malam boleh cetuskan rasa lapar yang keterlaluan
  • Kurang tidur menyebabkan individu sering berasa lapar sepanjang hari
  • Elakkan aktiviti yang menyebabkan anda tidur lewat

3. Jika masih lapar

  • Elakkan ambil makanan/minumanyang tinggi kalori, gula dan lemak seperti coklat, burger, air berkarbonat atau kerepek.
  • Tidur segera

Sumber: Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia

 

 

Aziezzan