Siakap Keli
Kredit: Shahrizan Mahful

(Gambar) Manfaatkan ‘Ruang Terbiar’ Atas Tangga, Lelaki Buat Loteng Khas Untuk ‘Ruang Solat Terapung’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin ada antara kita yang mengimpikan ruangan solat khas di rumah namun tidak mempunyai keluasan yang diperlukan. Jangan khuatir, mungkin anda boleh memanfaatkan ruangan beberapa kaki di atas kepala dengan membuat loteng atau ‘ruang solat terapung’.

Baru-baru ini, seorang tukang berkongsi hasil membina ruangan solat di rumah salah seorang pelanggannya. Kemas namun cukup luas, loteng itu dibina di ruangan di atas tangga.

Jom ikuti perkongsian oleh Shahrizan Mahful di Tukang Apa Hari Ini.

Salam warga Tukang Apa Hari Ini. Siap dah sepenuhnya ruangan solat terapung saya. Saya kongsikan gambar ini untuk rujukan semua. Terima kasih beri komen dan idea yang membina dalam 3 hari proses pemasangan.

Disebabkan terlalu banyak pertanyaan dan saya tak terkejar nak menjawap satu persatu, nah ni yang saya guna.

1) rangka besi SH 2 x 6 x 1.9mm
2) lantai cement board 12mm
3) kemasan lantai guna laminate floor
4) anak tangga solid wood
5) cat cantik guna tangan kiri

Kongsi Shahrizan, kos yang diperlukan adalah sekitar RM4,500 untuk loteng berkeluasan 9′ panjang x 5.5′ lebar. Beliau mengambil masa hanya tiga hari untuk menyiapkan ruang tersebut.

“Hari pertama pasang kerangka besi. Hari kedua pasang simen board aksesori seperti handrail. Hari ketiga siapkan lantai dan kemasan, lap dan touch up paint. Biasanya untuk satu loteng kalau yang besar lagi dalam 4-5 hari.”

Beliau menggunakan dua wall plug bersaiz 3/8” x 4,1/2” pada satu titik di bahagian atas dan bawah, di mana bahagian yang akan masuk ke dalam dinding adalah 2,1/2”.

Kredit: Shahrizan Mahful

Ketika ditanya mengenai had berat, beliau menganggarkan beban tampungan sekitar 1,500kg pada satu-satu masa.

Sumber: Shahrizan Mahful (Huge Steel)

Amira

Love yourself.