Bank Negara Malaysia (BNM) memberi amaran kepada orang ramai agar tidak tertipu dengan satu notis berkaitan cukai pengeluaran peribadi melebihi had.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan BNM di Facebook semalam, ia hanya tipu helah scammer untuk mengurangkan atau menghilangkan wang anda.
Kami ingin menegaskan bahawa BNM tidak pernah mengeluarkan surat/notis seperti di dalam gambar. Ia hanya tipu helah scammer untuk mengurangkan atau menghilangkan wang anda.
Jika anda ragu-ragu, hubungi BNMTELELINK di 1-300-88-5465 atau https://telelink.bnm.gov.my untuk memberi maklumat bagi membolehkan siasatan dijalankan dari segi undang2 di bawah tadbir BNM. Rujuk bnm.my/fca atau FB Amaran Scam utk maklumat lanjut.
Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dan tidak sewenangnya memberikan maklumat peribadi kepada sumber yang meragukan.
Sumber: Bank Negara Malaysia