Siakap Keli
Kredit gambar: Google

KKM Nasihatkan Pengamal Perubatan Henti Guna Vaksin Influenza SKYCellflu Quadrivalent & VaxigripTetra Sementara Waktu

PUTRAJAYA, 28 Okt – Pengamal perubatan dinasihatkan untuk menghentikan sementara pengggunaan vaksin SKYCellflu Quadrivalent dan VaxigripTetra.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM), Datin Dr. Rafidah Aryani Md Yusof berkata, ia berikutan pekeliling yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Singapura pada 25 Okt lalu tentang pemberhentian sementara penggunaan kedua-dua produk vaksin tersebut.

Ia bertujuan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan terdapat kes kematian di Korea Selatan yang dikaitkan dengan produk itu.

“KKM ingin memaklumkan terdapat sembilan (9) produk vaksin influenza yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Malaysia, termasuk dua (2) produk (di atas) yang yang dikaitkan dengan kes kematian di Korea Selatan.

“Untuk makluman, hanya VaxigripTetra, Suspension for Injection In Pre-filled Syringe sahaja yang dibekalkan di fasiliti kesihatan KKM,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, nombor kelompok produk VaxigripTetra yang digunakan di Korea Selatan tidak terdapat di pasaran negara lain termasuk Malaysia, merujuk syarikat pengeluarnya, Sanofi Pasteur.

“Setakat ini juga, tiada kes kematian yang dilaporkan susulan imunisasi vaksin influenza (quadrivalen) di negara ini,” tambah kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, pemantauan berterusan melalui pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans akan dijalankan bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan sentiasa terjamin.

Sebarang perkembangan terkini mengenai situasi tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Berikut adalah senarai produk-produk vaksin influenza yang berdaftar di Malaysia:-

 

 

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'