Siakap Keli
Gambar: Bernama

Maradona Jalani Kuarantin Selepas Pengawalnya Ada Gejala COVID-19

BUENOS AIRES, 28 Okt — Legenda bola sepak Diego Maradona pada Selasa menjalani kuarantin di rumahnya di Argentina selepas seorang pengawalnya didapati mempunyai gejala COVID-19, menurut pegawai akhbarnya Sebastian Sanchi.

Maradona yang kini menjadi jurulatih kelab bola sepak Argentina, Gimnasia y Esgrima La Plata, akan menjalani ujian saringan COVID-19 pada Khamis, kata Sanchi kepada Xinhua.

Awal bulan ini, Maradona yang akan menyambut ulang tahunnya ke-60 Jumaat ini diuji negatif virus itu.

Sumber: BERNAMA