Siakap Keli
Gambar: @AkeemSharyzal

“Memang Suka Buat Hal,” Foto Si Oyen ‘Melekat’ Di Bumbung Tarik Perhatian Ramai

Pasti ramai yang sudah mengetahui bahawa kucing adalah haiwan peliharaan yang memiliki sifatnya yang tersendiri.

Ada yang nakal, ada yang aktif, manja dan bermacam-macam lagi. Namun begitu, antara kucing yang selalu mencuri tumpuan sudah pastinya kucing yang berwarna oren atau lebih dikenali sebagai ‘oyen’ oleh sebilangan warganet.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama @AkeemSharyzal ada berkongsikan tentang gambar seekor kucing ‘oyen’ tampak seakan memanjat di bahagian atas sebuah bumbung.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian daripada sebilangan besar pengguna media sosial Twitter yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat kucing berkenaan.

Perkongsian tersebut telah menjadi tular di media sosial Twitter. Sehingga kini, ianya telah mendapat lebih 9 ribu ulang ciap dan lebih 15 ribu likes.

Sumber: @AkeemSharyzal

Aqmal Ezany

I write what is right