Memandu di malam hari atau sewaktu hujan lebat adalah satu perkara yang mencabar terutamanya bagi individu yang menghadapi masalah silau.
Berpinar mata bila kenderaan belakang halakan lampu tinggi mereka terutamanya yang berwarna putih. Sedikit sebanyak situasi ini agak berbahaya dan boleh mengganggu fokus pemanduan.
Namun tahukah anda, dengan hanya satu langkah, anda sudah boleh mengurangkan kesan silau akibat high beam pada cermin pandang belakang anda?
Tarik sahaja ‘klip’ yang ada pada bahagian bawah cermin ke arah anda. Cara ini akan membuatkan cahaya lampu kenderaan belakang terpantul ke siling dan tidak terus menyucuk ke mata anda secara langsung, namun anda masih boleh melihat kereta di belakang.

Sumber: The Sun UK, Josh Clark