Siakap Keli
Gmbar: Ben Safwan

Suami Tunai Hajat Isteri, Buat Sendiri ‘Wardrobe’ Besar Dan Nampak Mewah Ini Untuk Isteri Tersayang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Nak puaskan hati sang isteri mudah je, beli atau sediakan barang yang mereka perlu. Tambah-tambah lagi barang kesukaan mereka. Ya, setiap wanita lebih hargai jika suami mereka berkorban masa atau bersunguh-sunguh untuk dapatkan barang kegemaran mereka.

Seperti perkongsian daripada Ben Safwan di laman Facebooknya, berjaya siapkan almari idaman si isterinya dengan hasil titik peluhnya sendiri. Gembirakan hati isteri adalah penyumbang semangat untuknya bertungkus lumus menyiapkan almari tersebut.

Hanya dengan lakaran yang di lorek di kertas, terhasillah sebuah almari yang gah di kediamannya. Jadi, mudahkan nak senangkan hati mereka? Korang yang nak tahu lebih lanjut tentang tips dan cara-cara menghasilkan sebuah almari yang gah ini, lihat di bawah ini.

Dari sebuah lakaran hinggalah menjadi hasil akhir. Sebab isteri mintak wardrobe besar. Senang nak gantung baju. 10×11 kaki buat sendiri body dari plywood. Nanti akan ada bangku khas tuk senang capai ruang paling atas. Terus simpan bangku pada salah satu ruang bawah wardrobe.

Lelaki ini tunjuk satu persatu cara untuk hasilkan almari idaman isteri daripada lakaran sehinggalah menjadi hasil yang ‘wow’.

Pintu tu full aluminium, tempah tapi pasang sendiri. Tak boleh buat sebab material takde jual di kedai biasa. Kawal pasaran.

Saya malas nak sketch 3D. Cukup di buku petak-petak + kepala sebab bukan buat bisnes.Yang penting faham dan ukuran jelas. Bagi saya,kalau nak buat sendiri,pilihan combo best 18mm plywood jenis berat untuk rangka, 6mm-9 mm untuk background dan 3mm plywood untuk effect board pintu depan menjadi pilihan.

Saya kurang gemar blockboard apatah lagi chipboard/mdf. Ini pilihan. Ada rubberwood/pinewood pilihan lain.Nak mahal lagi boleh guna nyatoh/solid wood lain.Asal anda ada bajet. Rangka asas bermula dengan 4 inci tapak bawah, 90 inci tinggi ruang sangkut baju 6 bahagian/laci ruang simpan bangku, bangku,+ 22 inci ruang box simpanan atas.

Lepas tu finishing sander-sealant-sander untuk tutup urat kayu,baru masukkan cat pilihan dari jenis chalkpaint dan waterbased (polycrylic) /oil (polycure) finishing untuk long protection serta tahan calar. Saya tak nak sentuh bab bajet kalau tempah sebab itu lain skop perbincangan. Hanya mahu cerita skop DIY Premium sahaja.

Bajet anggaran saya RM 1600- RM 2000 all in siap sebab sy pakai material tebal n myb tambah lg sikit ikut citarasa.

Untuk alihkan dari luar rumah ke dalam, saya buat satu jig. Buh roda kuat, terus senang tolak masuk.

Bila buat kerja seorang diri, paling penting ialah sedikit kreatif dan safety. Pakai kasut dan glove kalau tak nak merasa kenikmatan selumbar atau plywood 18mm jenis berat jatuh atas jari kaki.

Untuk alihkan dari luar rumah ke dalam,saya buat satu jig. Buh roda kuat, terus senang tolak masuk. Kalau tak terberakkk angkat sorang 21 keping playwood yang mana 15 keping adalah 18mm.

Gerak kerja hari ini ialah potong dua plywood ukuran kasar untuk kotak ( 4 keping plywood 4×8) dan buat tapak wardrobe. Plywood di potong dengan CirculaR Saw + Kreg Rip Cut dan attach hose vacuum. Banyak senangkan kerja saya. Selepas tu naik table saw untuk ukuran tepat dan buat tapak dengan nail gun,gam,skru.

Jangan lupa ukuran kena tepat kalau tak nak banyak masalah. Adjustlah camna asal tepatt.
Siap 2 bahagian tapak,saya bawa naik masuk bilik,buang skirting dan satukan. Maka bermulalah part paling penting.

Proses levelling. Wardrobe ini di pasang satu-satu kotak dan dipasang dalam bilik terus. Maka penting untuk dapatkan tapak yang rata. Barulah tak pening kepala kalau garisan board tidak sama,garisan corak tak sama,pintu tak sama tinggi. Oleh sebab lantai saya pun satu tinggi satu rendah maka buat satu-satu bahagian.

Di dinding tanam wallplug dan ikat skru. Di bahagian depan guna L bracket dan skru. Nanti gap itu akan diisi dengan kayu,gam epoxy yang keras macam simen untuk tampung beban tapak dan disudahi dengan wood filler sebelum dicat nanti.

Untuk lihat video cara pembuatannya klik di SINI.

Saya buatkan longkang untuk mudahkan pasang bahagian atas dan bawah. Guna router seperti dalam video.
Belum siap bahagian kotak besar ini ialah longkang untuk panel belakang 5mm serta bahagian support atas dan bawah.

Untuk menonton video, sila klik di SINI.

Pemasangan box bermula…

Plan untuk setiap box. Penting untuk rangka plan agar ukuran dapat dikenalnpasti. Bab tukar /ubah sedikit tiada masalah. Aslkan kita tahu bentuk yang akan terjadi macam mana.

1 box yang dah siap 70% Panel belakang belum pasang,panel tengah,batang besi sangkut baju. Dan finishing. 90 inci = 6 inci kurang 8 kaki. Haa. Lebar 33 15/16 = 2 inci 1/16 kurang 3 kaki. 

Gandingan drill yang cukup melancarkan kerja saya. Stopper di mata drill kayu tu fungsinya untuk korek lubang benam kepala skru seperti di gambar seterusnya.

Saya gunakan skru Kreg. Skru biasa tak dapat lancarkn kerja bila main dengan 18mm plywood jenis berat. Boleh disetelkan dengan drill lubang kecik dulu tapi saya terus pergi solution yang lain. Tengok hasil benam kepala skru. Nanti akan tutup dengan wood filler.

Cara saya pasang panel tengah untuk sama. Guna penimbang yang panjang dan adjust biar rata.

Beli 48 inci clamp panjang ni 2-3 tahun lepas. Tak pernah guna. Hari ini baru rasmikan. Terbaik menyenangkan kerja.

Test dulu satu selepas angkut bawa naik ke atas tapak. Terima kasih jiran yang mudah diminta pertolongan. Nanti nak bagi buah tangan. Orang berbudi kita berbahasa.

Tersalah ukur tak cukup, yang ni normal…

Walaupun lari 1/16 ,tapi akan tetap beri kesan untuk pemasangan pintu terutamanya. Jadi saya akan letak washer bagi cukupkan ukuran dulu. Nanti tutup dengan wood filler. Kalau plywood yang meleding/bengkok asal ? Ada cara lain pula.

Epoxy putty. Kuat ,senang. Pakai tangan or scrapper tuk masukkan dia di ruang antara kayu dan lantai. Oh ya kalau ruang kecik,jangan uli sekaligus. Nanti keras susah. Buat sikit-sikit.

Sebelum dan selepas isi epoxy putty. Isi dari sebelah dalam. Bila keras.macam simen dah jadinya dia. Jangan masukkan melebihi garisan kayu luar. Nanti satu kerja nak bersihkan nanti. Kemasan akan dilakukan di sebelah luar.

Tips Cat Putih / Wood Filler Dan Yeah!! Tool Idaman Akan Muncul.

Panjang kan tajuk dia. Hari ni saya buat box atas,asal buat satu-satu tapi terfikir senang nak letak toto/bantal,saya buat 2 box panjang.

Yang ni angkat sorang woo bawak naik atas. Lepas tu sapu wood filler. Tengok kemas kan sapuan pada frame. Tips dia kena buat 45 darjah waktu sapu. Kena banyak training. Nanti dapat tune. Untuk cat dalam, saya tak guna sealer untuk lapisan pertama. Cukup dengan sander dengan Grit 150-240 dengan Bosch Sander ,lepas tu guna Jotun Primer,Roller. Kena 3-4 layer baru cantik. Jangan rushinh untuk hasil yang berkualiti.

Kalau nak cat cantik dan tahan ,saya lebih gemarkan cat mahal seperti Jotun/Dulux. 2 ni pilihan utama. Saya tak nak guna spray air compressor, sebab tangki kecil. Untuk tapak, saya kemaskan dengan filler yang datang dalam botol. Senang terus picit je pada ruang dan dialas dengan washi/paint tape.

Guna filler ini je senang picit untuk gap tapak bahagian luar. Tapekan dulu untuk senang kemas.

Jotun/Dulux pilihan saya. Tengok perbezaan layer 1st hingga layer ke 4… Putihh sekata lepas layer ke 4. Buat rileks jangan cepat nak habis.

Levelling Dan Cantuman Box

Brand Aikka menjadi pilihan… Bila bermain dengan cat ni,pastikan anda pakai filter yang sesuai. Saya rekomenkan dari 3M ini.

Maka Ben tutup lah projek wardrobe khas untuk Mem selepas dah siap dah semua.Puas hati dengan hasil akhir.

Kalau merajuk pun nanti boleh masuk tidur dalam ruangan almari 10×11 kaki ni. Selepas ini Ben akan mulakan projek kitchen kabinet pula. Fuhh seronok kalau sesiapa nak ikut. Dari A-Z Ben berikan.

 

Sumber: Ben Safwan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang