Seorang guru Bahasa Inggeris dari Malaysia dilaporkan telah tersenarai dalam top ten finalist untuk Global Teacher Prize 2020 yang kini telah memasuki tahun keenam.
Digelar ‘Cikgu Adiwira’, Samuel Isaiah dari Sekolah Kebangsaan Runchang, Muadzam Shah, Pahang telah disenarai pendek untuk Global Teacher Prize 2020 setelah dipilih dari lebih 12,000 pencalonan dan permohonan dari lebih 140 negara di seluruh dunia.
Melalui kenyataan di Facebook Varkey Foundation, Samuel telah mencipta bilik darjah berkemampuan teknologi hasil daripada dana orang ramai. Ia telah meningkatkan kelulusan peperiksaan bagi pelajar Orang Asli.
Samuel menggunakan pendekatan untuk mengajar di perkampungan Orang Asli di dalam hutan kerana ia merupakan tempat yang paling dekat di hati pelajar-pelajarnya.
Samuel melancarkan kempen crowdfunding nasional untuk mendapatkan kemudahan yang lebih baik sehingga pelajarnya dapat bersaing secara setara dengan sekolah bandar.
Samuel juga telah mengembangkan projek untuk mempercepatkan pembelajaran bahasa Inggeris pelajarnya, termasuk projek pertukaran e-mel di mana mereka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan sukarelawan di seluruh Malaysia dan luar negara. Kadar lulus sekolah dalam bahasa Inggeris meningkat dari 30% pada tahun 2012 menjadi antara 80% dan 85% pada 2015-2018.
Pemenang bagi anugerah ini akan menerima wang sebanyak 1 juta Dollar (RM4.16juta).
Tahniah diucapkan kepada Cikgu Samuel, moga terus menjadi pendidik yang memberi inspirasi buat anak bangsa Malaysia.
Sumber: Varkey Foundation