Dalam proses menurunkan berat badan, setiap orang mempunyai pelbagai cara yang terbaik untuk diri sendiri.
Bukan mudah untuk mengamalkan segala ‘pantang larang’ yang ditetapkan semasa diet namun percayalah hasilnya pasti menakjubkan apabila ianya dilakukan dengan konsisten.
Melalui kiriman Mochtar Mustaffa di Group Facebook Diet Suku Suku Separuh, beliau berkongsi mengenai cara yang dilakukan olehnya untuk menurunkan berat badan.
Menurutnya, dia berjaya menurunkan berat badan dari 125 kilogram ke 85 kilogram dalam tempoh masa lima tahun. Ia pastinya bukan satu ‘perjalanan’ yang mudah. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Assalamualaikum..salam sejahtera
Biasanya saya hanya silent reader sini, ada jugak baca posting² uols..hebat² semuanya..sbb tu segan nak post progress saya yg tak seberapa….lg 2 bulan nak abis 2020 ni..tahun paling mencabar buat semua rakyat Malaysia..so, camna progress korang??ok ke?banyak jugak saya tgok posting bertanya camna nk turun berat cepat..nk kempis perut..nk kecikkan peha dan sbgnya..so, sy nk share ilmu skit..tu pun kalau laku la ilmu sy..hahaha
1. Ada org kata nk kempiskan perut kena buat senaman perut..dan plg ramai suggest buat sit up..sy sendiri jarang skali buat senaman perut..sit up langsung tak pnh buat..kenapa?sebab tiada senaman khusus utk kecikkan bahagian badan tertentu..cara terbaik ialah Overall Fat Loss shj..maknanyer kurangkan lemak seluruh badan dgn mengamalkan Defisit Kalori (Diet seimbang dan Senaman)
2. Nak turun berat badan cepat kena cut gula..saya masih minum air manis sekali sekala..cth sehari sekali dan masih boleh kurus..kenapa?sebab seperti yg kita paham setiap makanan @ minuman mempunyai nilai kalori tersendiri..selagi kita makan atau minum di bawah keperluan kalori harian maknanyer kita masih boleh turun berat badan..tak perlu la stresskan diri semua benda nk kena cut..Diet should be enjoyed..
3. Senaman terbaik utk turunkan berat badan ialah kardio..yg ni sy tak kata salah dan tak kata betul..sbb ada betul dan ada sikit misleading..actually, buat la apa shj senaman yg boleh buat kita happy..tak perlu ikut apa org kata..sbg cth, weight lifting adalah sejenis senaman anaerobic..akan tetapi dlm weight lifting jugak ada kardio..dan paling menarik weight lifting ni ada EPOC (Excess Post-Exercise Oxygen Consumption)..maksudnya, badan akan burn kalori dgn kadar yg banyak 24-36 jam selepas kita training..so, kesimpulannya..apa shj senaman adalah lbh baik dari duduk shj tak buat apa²..
4. Minum green tea boleh naikkan metabolism badan..yg ni sy nk tanya balik..korang tau ke mcm mana nk kira tahap metabolism masing²? ada ke formula nk kira?kalau tak tau dan tak ada..mcm mana boleh kata metabolism tu naik sedangkan sendiri pun tak tau??ya..mmg green tea tu naikkan metabolism sbb caffeine tp kadar kenaikkan tu tak significant utk di ambil kira..jalan terbaik utk naikkan metabolism ialah dgn tambah jisim otot masing²..melalui pemakanan dan senaman yg betul.
Takat ni dulu kut sharing knowledge..tgh tak ada idea nk menaip ni..hahaha..lain kali kalau ada pape terlintas i is tulis lagi tau.. selamat berdiet dan Senaman..stay safe..patuh SOP..
Sumber: Mochtar Mustaffa