Siakap Keli

Tengah Cari “Smartphone” Baru? Ini Sebab Kenapa Korang Perlu Pilih Samsung Galaxy Note20 Ultra Dengan Kamera Padu & Menggoda Jiwa

Model-model baru telefon pintar bersilih ganti membuat kemunculan setiap tahun. Bagi yang tengah mencari-cari sebuah telefon pintar baru, mungkin korang merasa sedikit kesukaran nak membuat pilihan.

Tapi apa pun, yang paling penting, korang kalau nak beli telefon pintar baru, mestilah kena pilih model paling terkini dan dari jenama yang diyakini, baru setimpal dengan setiap modal yang dilaburkan, nak-nak lagi kalau cecah ribuan ringgit harganya.

Sebut je telefon pintar terkini dari jenama yang diyakini, SAMSUNG GALAXY NOTE20 ULTRA adalah pilihan paling tepat yang ada segala-galanya. Berjenama dunia, teknologi terkini, kualiti serba-serbi terbaik dan memang berbaloi sangat-sangat dengan setiap sen korang laburkan.

Tambah-tambah, kalau korang memang aktif memuat naik video dan foto-foto di media sosial, SAMSUNG GALAXY NOTE20 ULTRA adalah pilihan paling tepat kerana peranti ini memiliki built-in photo and video editing tools yang mengagumkan dan korang tak perlu muat turun mana-mana aplikasi suntingan lain lagi lepas ini.

Rakam video macam pro

Teknologi kamera dan video yang ada pada SAMSUNG GALAXY NOTE20 ULTRA ni memang superb habis.

Setiap video yang dibuat, korang memang langsung tak akan ada masalah untuk mendapatkan kualiti rakaman yang terbaik. Setiap perincian yang ada terakam kemas dengan kualiti video 8k serta kemampuan natural motion blur 24fps menjadikan video lebih hidup dan lebih sedap ditonton.

Jadi lepas ni, semua idea kreatif yang ada di dalam kepala lebih mudah untuk direalisasikan dan dengan SAMSUNG GALAXY NOTE20 ULTRA, lebih senang followers korang di IG mahupun media sosial lain menikmati hasil seni photography ataupun vlog bertaraf movie korang.

Bukan itu je, SAMSUNG GALAXY NOTE20 ULTRA juga dilengkapi dengan paparan skrin 120Hz, sekali gus menjanjikan video yang dihasilkan lebih lancar.

Kalau korang kaki vlog, apa yang telefon pintar ini tawarkan memang terasa berbaloi sangat-sangat, lebih-lebih lagi waktu nak menyunting klip-klip video korang nanti.

Lagi best, SAMSUNG GALAXY NOTE20 ULTRA hadir dengan skrin gergasi Infinity-O Display. Sekaligus pengalaman vlog korang terasa amat-amat memuaskan.

Tak berhenti disitu, telefon pintar ini juga mempunyai ciri-ciri Zoom speed control yang memberikan lebih dinamik kepada pengguna.

Semasa merakam, korang boleh mengawal fungsi zoom speed, yang mana perbezaan zoom speed menambah kesan dinamik kepada hasil rakaman tau.

Dengan fungsi zoom in dan zoom out yang boleh dilaras semasa merakam, dah tak jadi masalah kalau korang nak fokus pada objek tertentu dalam video.

So, dengan ketiga-tiga fungsi rakaman diatas, korang tak perlu pun beli kamera yang mahal-mahal. Labur je dekat SAMSUNG GALAXY NOTE20 ULTRA, macam-macam content menarik korang boleh buat.

AI Single Take, buat kerja jadi lebih mudah

SAMSUNG GALAXY NOTE20 ULTRA juga mempunyai fungsi AI Single Take yang sangat-sangat mengagumkan.

Dengan fungsi ini, AI Single Take membantu ‘menangkap’ lebih banyak momen-momen indah ketika korang shoot.

Menggunakan fungsi kecerdasan buatan termaju ini, pelbagai shoot yang lebih ‘bermakna’ dan sudut yang lebih ‘berseni’ mudah dilakukan, apabila ‘shooting time’ dilanjutkan sehingga 15 saat.

Jadi korang tak perlu pening-pening macam mana nak memuatkan semua momen indah yang berlaku sekelip mata dalam sekeping gambar. Biar je AI Single Take buat kerja, nanti cuma perlu pilih mana hasil kerja yang korang suka je.

Skrin Dynamic AMOLED 2X yang tiada tandingan

Satu lagi benda yang mengagumkan mengenai SAMSUNG GALAXY NOTE20 ULTRA ini adalah skrin yang digunakan adalah jenis Dynamic AMOLED 2X (hanya untuk varian NOTE20 ULTRA sahaja).

Penggunaan skrin jenis Dynamic AMOLED 2X ini memberikan kecerahan paling tinggi, terutamanya ketika dalam keadaan terang, memang tak ada masalah untuk korang menggunakan peranti ini.

Berbanding abangnya, NOTE10, kecerahan skrin NOTE20 ULTRA ditambahbaik sehingga 25 peratus. Dah tak jadi masalah dah kalau korang tiba-tiba kena buka telefon ketika berada di tengah-tengah panas.

Semua paparan pada skrin jelas kelihatan macam tak ada apa-apa masalah je.

SAMSUNG GALAXY NOTE20 ULTRA juga hadir dengan S Pen yang mana lebih memudahkan kerja-kerja menyunting selain membuka ruang untuk korang mencurahkan segala kreativiti dalam sekeping foto yang diambil.

Dengan S Pen juga korang boleh menambah doodles semasa menyunting gambar dan video yang korang ambil.

 

View this post on Instagram

 

@lovelimzy’s creativity of unboxing stop motion and getting ready for work & play with her powerful #GalaxyNote20.

A post shared by Samsung Malaysia (@samsungmalaysia) on

Bagi korang yang dikurniakan bakat melukis, fungsi S Pen yang ditawarkan pada SAMSUNG GALAXY NOTE20 ULTRA ini boleh diibaratkan sebagai satu rahmat.

Yelah, korang dah tak perlu equipment lain yang mahal-mahal lagi, cukup sekadar sebuah telefon pintar, korang dah boleh melukis dekat mana-mana je. Macam dalam video kat bawah.

So, memang tak salah lagi, SAMSUNG GALAXY NOTE20 ULTRA adalah telefon pintar yang paling tepat untuk rakyat Malaysia. Tak kisahlah untuk kegunaan harian ataupun memudahkan urusan kerja korang.

Nak-nak lagi dalam era New Normal ni, telefon pintar yang berkuasa macam SAMSUNG GALAXY NOTE20 ULTRA boleh membantu melancarkan urusan harian tau.

Korang boleh layari website dan follow Facebook, Instagram, Youtube dan Twitter SAMSUNG untuk maklumat lanjut.


Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.