Siakap Keli

TERKINI: 8 Kes Kematian Dan 801 Kes Baharu Positif Covid-19 Dicatatkan Hari Ini

Sebanyak 801 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 29,441 setakat Rabu  (28 Oktober 2020), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah meningkat kepada 10,123 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Daripada 801 kes positif, terdapat dua (2) kes import  yang mendapat jangkitan dari luar negara melibatkan seorang warganegara dan bukan warganegara, manakala selebihnya merupakan penularan tempatan.

Pesakit yang sembuh telah meningkat sebanyak 573 orang pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 19,072.

Sehingga kini, terdapat 94 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 25 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala, terdapat lapan (8) kes kematian sekaligus menjadikan jumlah kematian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 238 orang.

Sumber: Sidang Media KKM

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.