Siakap Keli
Gambar: India Today

Wanita Dakwa Anak Gadisnya Berusia 5 Tahun ‘Dirogol’ Budak 7 Tahun

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun telah didakwa diserang secara seksual oleh jirannya yang berusia 7 tahun di Aligarh, India.

Susulan daripada itu, pihak polis di balai polis Kawarsi dilaporkan telah menjalankan siasatan di bawah seksyen 376 (rogol) IPC dan Akta Perlindungan Kanak-kanak dari Kesalahan Seksual (Pocso).

Menurut pegawai polis bahagian jenayah, Arvind Kumar, kanak-kanak lelaki itu akan dihadapkan ke hadapan Lembaga Jenayah Juvana pada hari Selasa.

Dalam kenyataannya kepada pegawai kebajikan kanak-kanak, gadis itu mendakwa bahawa dia telah diserang secara seksual oleh budak lelaki tersebut ketika dia pergi ke rumah jirannya itu untuk mengambil bola.

Menurut aduan yang diajukan oleh gadis berkenaan, kejadian itu terjadi pada 12 Oktober.

“Anak perempuan saya telah pergi ke rumah jiran sekitar untuk mengutip bola yang secara tidak sengajanya telah termasuk ke sana ketika dia sedang bermain. Dia kemudiannya telah dipegang oleh anak kepada rumah jiran yang berada di sekitar ini,” kata ibu mangsa dalam laporan.

Walaupun usia budak lelaki itu tidak disebutkan dalam aduan tersebut, pemeriksaan perubatan menunjukkan bahawa dia berusia tujuh tahun, kata polis. Budak lelaki itu kini dilaporkan bersama dengan ibu bapanya.

Menurut Times of India, undang-undang seksyen 83 IPC menawarkan sedikit kekebalan kepada kanak-kanak berusia diantara 7 hingga 12 tahun yang menyatakan, “Tidak jatuh salah yang dilakukan oleh kanak-kanak di atas usia tujuh tahun dan di bawah dua belas tahun, yang belum mencapai tahap pemahaman yang cukup untuk menilai sifat dan akibat tingkah lakunya terhadap sesuatu insiden itu.”

Sumber: Times of India

Aqmal Ezany

I write what is right