Siakap Keli
Kredit gambar: Google

106 Pesakit Covid-19 Di Malaysia Dirawat Di ICU, 23 Kes Perlu Bantuan Alat Pernafasan

Jumlah pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kini meningkat kepada 106 orang dan 23 kes memerlukan bantuan alat pernafasan setakat Khamis (29 Oktober 2020) jam 12 tengahari.

Negara pada hari ini mencatatkan pertambahan 649 kes positif jangkitan baharu Covid-19 termasuk dua kes import menjadikan keseluruhan kes kini mencecah 30,090 kes.

Namun, sedikit menarik nafas lega apabila jumlah kes sembuh pada hari ini melebihi jumlah kes baharu yang diacatatkan iaitu 685 kes dengan tiada pertambahan jumlah kematian.

Sumber: KKM Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.