Siakap Keli
Kredit: Facebook/Google

“Jangan Brek,” Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan Sekiranya Tayar ‘Meletup’ Ketika Memandu

Kejadian tayar meletup boleh menyebabkan bahaya, baik kepada pemandu mahupun pengguna jalan raya yang lain. Oleh itu, kita diingatkan agar selalu menjaga dan memantau keadaan tayar sebelum melakukan perjalanan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

Pun begitu, jika anda berada dalam situasi cemas ketika tayar kereta anda meletup pada kelajuan lebih 100 km/j, ini enam tips yang perlu anda lakukan dikongsikan oleh Pakistan Drag racing -PDR.

1. Jika tayar anda meletup, cuba kekal tenang sebaik mungkin dan pegang stereng dengan kuat menggunakan kedua-dua belah tangan.

2. Jangan brek. Perkara paling penting ialah jauhkan kaki daripada brek dan jangan sesekali berfikir untuk menekan brek.

3. Tetap pada laluan anda dan jangan cuba beralih arah atau memberi laluan kepada kenderaan lain. Kekal lurus seboleh-bolehnya.

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

4. Jika anda menggunakan kereta manual, secara berperingkat tukar ke gear lebih rendah, tetapi hanya jika anda rasa kereta anda benar-benar terkawal.

Jika anda menggunakan kereta automatik, terus kekal pada gear D. Jangan tukar.

5. Jangan guna brek, geseran dari tayar yang pecah akan memperlahankan anda.

6. Apabila kelajuan berkurang kepada 50 km/j, perlahan-lahan tekan brek sehingga kereta berhenti.

Tips to stop a car when one of the tires explodes when speed exceeds 100 km/h

1 / First tip:
When a tyre explodes try…

Posted by Pakistan Drag racing-PDR on Thursday, October 22, 2020

Sumber: Pakistan Drag racing -PDR

Amira

Love yourself.