Siakap Keli

KKM Kenalpasti Lima Lagi Kluster Baharu Covid-19 Di Tiga Negeri

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenalpasti lima (5) lagi kluster baharu Covid-19 melibatkan beberapa daerah di tiga negeri.

Menurut perkongsian KKM, lima (5) kluster baharu itu dikesan melibatkan negeri Selangor dan Sabah masing-masing dua (2) kluster dan Negeri Sembilan satu (1) kluster.

Berikut merupakan perincian lima (5) kluster baharu iaitu Kluster Sakti, Kluster Tuguson, Kluster Bah Medan, Kluster Taman Laut dan Kluster Taman Bunga.

Setakat hari ini, jumlah kes dari kelima-lima kluster baharu ini adalah sebanyak 85 kes.

Sumber: KKM Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.