Gambar sekadar hiasan

Singapura Akan Benarkan Semula Pelawat Dari Tanah Besar China & Negeri Victoria, Australia Memasuki Negara Itu

SINGAPURA, 29 Okt (Bernama) — Singapura akan menarik balik sekatan sempadannya bagi pelawat dari Tanah Besar China dan Negeri Victoria di Australia mulai 6 Nov 2020, demikian menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam republik itu (CAAS) hari ini.

Menurut agensi itu, kedua-dua negara memiliki sistem pengawasan kesihatan awam yang menyeluruh serta membuktikan bahawa mereka berjaya mengawal penularan virus COVID-19.

Sepanjang tempoh 28 hari lepas, Tanah Besar China dan Victoria masing-masing mempunyai insiden penularan tempatan virus itu pada kadar 0.00009 dan 0.099 bagi setiap 100,000 penduduk.

“Risiko pengimportan kes dari kedua-dua kawasan adalah rendah,” menurut CAAS dalam kenyataan hari ini.

CAAS berkata inisiatif terkini itu adalah susulan langkah menarik balik sekatan sempadan terhadap pelawat dari Australia (kecuali Negeri Victoria), Brunei Darussalam, New Zealand dan Vietnam.

— BERNAMA

Dapatkan kelengkapan elakkan Covid 19 di SINI

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Editor: Azmil

Tambah komen