Siakap Keli

Skizofrenia Juga Merupakan Salah Satu Penyakit Mental Serius Yang Perlu Kita Tahu

Mungkin kita semua sudah sedia tahu tentang penyakit berkaitan mental seperti kegelisahan dan kemurungan. Sebenarnya Mental Illness ini mempunyak banyak cabang dan kategori, salah satu yang mungkin kita belum cakna adalah Skizofrenia.

Tahukah kita bahawa Skizofrenia adalah salah satu penyakit berkaitan gangguan mental yang sangat serius. Meraka yang mengidap penyakit ini akan mengalami kombinasi halusinasi, khayalan dan pemikiran serta tingkah laku yang tidak dapat dikawal hingga menggangu perkerjaan harian seseorang itu.

Untuk pengatahuan, meraka yang mengidap penyakit ini memerlukan rawatan sepanjang hayat. Namun, dengan rawatan awal dapat mengatasi gejala awal sebelum komplokasi yang lebih serius menyerang di masa akan datang. Skizofrenia sejenis penyakit yang melibatkan gangguan emosi, pemikiran dan juga boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang. Tanda dan gejala pada setiap mereka mungkin berbeza-beza namun kebiasaannya ianya berkaitan dengan khyalan, halusinasi hingga mampu mempengaruhi kehidupan harian seseorang itu.

Kebiasaannya, gejala pada lelaki akan dapat dilihat ketika mereka dipertengahan umur 20-an dan pada wanita akan berlaku gejala di hujung usia 20-an. Untuk kanak-kanak ianya sukar untuk dikenal pasti begitu juga dengan dewasa 45 tahun ke atas.

Gejala skizofrenia pada remaja sama dengan orang dewasa, namun keadaannya mungkin lebih sukar untuk dikenal pasti. Hal ini kerana beberapa gejala awal skizofrenia pada remaja adalah perkara biasa untuk perkembangan khas pada masa remaja, seperti hubungan dengan keluarga dan kawan, kemerosotan dalam akademik, sukar tidur malam, kemurungan dan tiada motivasi diri. Jika dibandingkan dengan golongan dewasa, remaja mungkin kurang mengalami khayalan dan lebih berhalusinasi.

Mereka yang mengalami penyakit ini mungkin tidak menyedari bahawa masalah mereka sebenarnya berpunca dari gangguan mental. Kepada keluarga dan rakan-rakan, merakalah harus lebih peka dengan apa yang berlaku dan memberi sokongan dan nasihat untuk buat pemeriksaan dengan pakar. Penyakit ini jika tidak atau lambat mendapatkan rawata, akan merosakkan masa depan mereka.

Sumber- Mayoclinic

Faiz Mustafa