Siakap Keli

Syamsul Yusof Beri Bayangan KL Gangster 3: The Finale Akan Datang Pada Tahun 2022

Pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof dalam satu kiriman terbaharu di laman Instagram beliau seakan memberi bayangan bahawa sekuel kepada filem KL Gangster iaitu KL Gangster 3 bakal diterbitkan pada tahun 2022.

Dalam kapsyen kiriman tersebut Syamsul berkata,”Kta Jaga Kita. Don’t even tryna get inside ma head. Its too dark for u too handle.”

Syamsul juga menambah, KL Gangster 3: The Finale Coming soon 2022. “Say Yes Brother,” Beliau juga tag barisan pelakon utama filem tersebut seperti Aaron Aziz (Malik), Adi Putra (Jai), Zizan Razak (Fadil), Adam Corrie (Dragon), Soffi Jikan (Ajib) dan Dato’ Rosyam Nor (Tailong).

Skop Production setakat ini telah menerbitkan dua filem KL Gangster iaitu KL Gangster dan KL Gangster 2 iaitu prekuel kepada KL Gangster 1. Kedua-dua filem ini mendapat sambutan hangat ketika ditayangkan di pawagam.

Sumber: Syamsul Yusof

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.