Siakap Keli

Nak Tapau Makanan Tapi Risau Dengan Penampilan Diri? KFC Tawar Perkhidmatan Pandu Ambil Yang Mudah Hanya Perlu Tunggu Dalam Kereta

Menarik bukan bila anda boleh memesan makanan dan apa yang hanya anda perlu lakukan adalah untuk parkir dan tunggu makanan anda sampai di pintu kereta. Kini perkhidmatan ini telah pun direalisasikan oleh KFC melalui perkhidmatan Pandu Ambil.

Terdapat pelbagai perkara yang mungkin akan menjadi asbab untuk kita malas keluar membeli makanan antaranya ialah perlu bersiap, perlu beratur untuk beli makanan, perlu mandi semula selepas keluar daripada rumah dan sebagainya.

Justeru itu anda tidak perlu bersusah payah lagi. Ini kerana melalui perkhidmatan Pandu Ambil ini, anda tidak lagi perlu bersiap lawa-lawa, dan sebagainya sebab anda boleh Tapau Macam Boss!

Anda juga boleh menetapkan bila anda mahu ambil serta dimana anda mahu ambil pesanan anda itu. Secara tidak langsungnya, anda juga boleh menjimatkan banyak masa. Pembayaran yang boleh dibuat adalah secara cashless sama ada debit atau kredit kad. Paling menarik sekali, sekiranya anda menggunakan aplikasi KFC, anda layak untuk menerima diskaun eksklusif.

Di musim pandemik COVID-19 ini, pasti ramai diantara kita yang memilih untuk tidak keluar rumah kerana risau akan kesihatan susulan daripada ancaman yang dibawa oleh virus maut ini.

Selaras dengan norma baharu yang ditetapkan, KFC telah mengambil inisiatif ini bertujuan untuk mengutamakan keselamatan para pelanggannya.

Jadi, bagaimana caranya untuk menggunakan servis ini? Lets check it out

Langkah 1 – Muat turun KFC Malaysia App atau melayari KFC.com.my

Langkah 2 – Pilih Self Collect

Langkah 3 – Pilih lokasi yang sedia ada Pandu Ambil, tarikh dan masa teringin anda

Langkah 4 – Mulai pilih makanan anda dan apabila sedang membuat bayaran, pilihlah cara pengambilan secara Pandu Ambil dan memasukkan nombor plat kereta anda

Nota: Pembayaran secara debit/kredit kad boleh dibuat, tak perlu gunakan tunai

Langkah 5 – Jom pergi ke stor KFC pilihan anda dan parkir di tempat letak kereta Pandu Ambil yang dikhaskan. Jangan lupa memasang lampu kecemasan anda.

Langkah 6 – Tunggu je di kereta dan kami akan hantar kepada kereta anda. Bersedialah dengan pengesahan pesanan dan tunjukkan ke staf kami apabila makanan dihantar

Jadi, apa lagi? Jom cuba servis Pandu Ambil hari ini dan pesan sekarang!

Untuk sebarang maklumat lanjut, layari KFC.com.my/PanduAmbil

Aqmal Ezany

I write what is right