Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: 685 Kes Sembuh Hari Ini, Catat Jumlah Lebih Tinggi Berbanding Kes Baharu, 649

Sebanyak 649 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kini mencecah 30,090 kes setakat Khamis (29 Oktober 2020), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 menjadi 10,087 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Daripada 649 kes baharu dilaporkan, tujuh (7) kes adalah kes import dan selebihnya merupakan penularan tempatan.

Pesakit yang sembuh juga telah meningkat sebanyak 685 pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang sembuh adalah seramai 19,757 kes.

Selain itu, terdapat 106 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 23 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di negara ini di mana jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 246 kes.

Sumber: KKM Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.