Siakap Keli
Gambar: IG Farhatul Fairuzah

(Video) Alunan Merdu Selawat Dari Qariah Muda Dan Penyanyi Ini Bikin Ramai Sejuk Hati

Pandemik COVID-19 nampaknya bukanlah penghalang bagi umat Islam untuk menyambut Maulidur Rasul 2020 pada tahun ini. Ruangan media sosial juga dipenuhi dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Selain itu, penghayatan terhadap sirah junjungan besar Nabi Muhammad juga perlu ada dalam diri setiap orang.

Selawat ke atas Rasulullah SAW kian membasahi bibir kebanyakan umat Islam. Selain itu, terdapat banyak perkongsian alunan selawat merdu di dalam media sosial. Antara salah satu yang menarik perhatian ialah selawat yang dialunkan oleh Johan Tilawah Peringkat Kebangsaan 2019, Farhatul Fairuzah bersama seorang penyanyi Wani.

Rakaman selawat yang dikongsikan di laman Instagram mereka berdua bagaimanapun telah menarik perhatian ramai orang yang cukup tersentuh dengan alunan merdu dan menghayati selawat tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Allahuu kak waniโค๏ธTerima kasih ajak farha sama2 collab selawat๐ŸŒนmoga Allah berkati kita semua๐Ÿ˜ Salam Maulidurrasul semuaaa! . Posted @withregram โ€ข @wanisyazofficial Assalamualaikum semua ! ๐Ÿ˜ Wani rasa happy sgt2 sebab wani dapat duet bersama idola wani iaitu @farhatulfairuzah ! Alhamdulillah terima ksih byk2 Adik @farhatulfairuzah , semoga berjaya dunia akhirt ๐Ÿ˜โค๏ธ – Esok ptg dah masuk maulidirasul โค๏ธ๐Ÿ˜ Jangan lupa selawat tau . ุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ู‰ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏููุŒ ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ูู‡ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏูู – Terimalah lagu sholatun bissalamilmubin dari kami.

A post shared by Farhatul Fairuzah (@farhatulfairuzah) on

 

 

View this post on Instagram

 

Assalamualaikum semua ! ๐Ÿ˜ Wani rasa happy sgt2 sebab wani dapat duet bersama idola wani iaitu @farhatulfairuzah ! Alhamdulillah terima ksih byk2 Adik @farhatulfairuzah , semoga berjaya dunia akhirt ๐Ÿ˜โค๏ธ – Esok ptg dah masuk maulidirasul โค๏ธ๐Ÿ˜ Jangan lupa selawat tau . ุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ู‰ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏููุŒ ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ูู‡ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏูู – Terimalah lagu sholatun bissalamilmubin dari kami. Nk tgok durasi yang lebih panjang boleh tgok di Youtube: Wani Syaz โค๏ธ

A post shared by Wani Syaz (@wanisyazofficial) on

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet nyata tersentuh dengan alunan selawat merdu daripada mereka berdua. Selain itu, ramai juga yang memuji dengan keunikan suara mereka berdua yang boleh membuatkan ramai sejuk hati.

Sumber: Wani Syaz, Farhatul Fairuzah

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa