Siakap Keli
belut kunyit
Gambar: Nenty

(Video) “Ingatkan Sudah Mati,” Cubaan Kali Pertama Masak Belut Gagal, Bersepah Habis Lantai Bila ‘Bahan Utama Cabut Lari’

Cubaan pertama seorang wanita berkongsi tutorial memasak belut goreng kunyit gagal apabila bahan masakannya bertempiaran lari.

Dalam video dikongsikan di TikTok, Nenty memulakan rakaman dengan menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak belut goreng kunyit, iaitu belut, bawang, halia, kunyit dan garam.

Pun begitu, sebaik bahan tersebut dicampurkan, hampir kesemua belut yang diletakkan di dalam besennya bertempiaran lari melepaskan diri.

Rakaman itu telah mendapat lebih 6 juta tontonan di mana rata-rata netizen terhibur menontonnya di samping ada yang mengajar cara sebenar memasak haiwan tersebut.

“Ingatkan belut nya sudah mati”

@nenty_garut_karawang

sumpah kaget gw🙈🤣🤣tadi y bet totorial eh mlh gagal🤣🤣🤣 kirain th udah mati Belut y🙈

♬ original sound – syahrulhikmal – syahrulhikmal

Belutnya masih hidup, pedihlah kena ramuan

Bersihkan, buang perut dulu baru diletakkan rempah

“Sumpah sebab belut ni, saya bergaduh dengan suami. Seumur hidup saya baru nak masak belut dan itupun gagal,” katanya pada ruangan komen.

Nenty turut berkongsi video selepas belut-belut itu berjaya digoreng.

“Jangan risau ya, belut ni dicuci bersih dan dihilangkan lendir dulu. Cuma tidak dipotong…,” katanya.

Dah alang-alang bercakap tentang belut ni kan, tak salah rasanya sekiranya kami kongsikan cara sebenar memproses belut untuk dibuat masakan.

Cara sebenar memproses belut

Susulan tularnya video tersebut, portal resipi Indonesia, Food.detik berkongsi cara sebenar untuk memproses haiwan berkenaan.

1. Pukul kepala hingga mati

Dengan badannya yang licin dan masih hidup, pastinya belut sukar untuk dipegang dengan baik. Jadi, anda disarankan mematikan belut dengan memukul kepalanya terlebih dahulu menggunakan lesung batu sebelum mula memproses haiwan ini.

2. Letak garam atau air limau untuk buang lendir

Walaupun sudah mati, belut sukar diproses jika kulitnya masih berlendir. Jadi, anda boleh menggunakan garam dan limau nipis untuk membuang lendir tersebut.

Masukkan ke dalam bekas, taburkan garam dan air limau nipis. Kemudian, tambahkan air secukupnya. Gaul rata dan tunggu lima minit sebelum bilas dengan air mengalir sambil digosok-gosok.

3. Buang isi perut

Belah bahagian bawah perut secara memanjang daripada kepala hingga ekor. Pastikan pisau tidak menembusi isi perut supaya rasa pahit tidak menyerap masuk ke dalam isi belut.

Keluarkan isi perut dan bilas dengan air bersih.

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

4. Letakkan ramuan

Sebaiknya, belut dipotong terlebih dahulu sebelum dilumur ramuan yang telah dikisar.

Antara ramuan yang sesuai digunakan untuk menghilangkan bau hanyir belut ialah bawang putih, halia, kunyit, ketumbar, garam dan limau nipis.

5. Goreng

Setelah menggaul dengan rempah, belut sudah boleh digoreng sama ada sehingga garing mahupun setengah masak jika ingin dicampur dalam masakan berkuah.

Anda pernah makan belut dan ingin kongsikan tips? Silakan kongsi di ruangan komen.

Sumber: nenty garut karawang, Food.detik

Amira

Love yourself.