Siakap Keli
kkm COVID-19
Kredit: Info Roadblock JPJ/Polis / Pemilik asal video

(Video) “Kalau Mahu Kahwin Lagi Satu, Mari Bersama…”, Pantun Dipercayai Petugas Kesihatan Ini Bikin Ramai Terhibur

Pelbagai cara dilakukan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengajak orang ramai membendung COVID-19. Bukan sahaja mengingatkan SOP di televisyen atau media sosial, mereka juga turun berkempen di lapangan untuk memastikan rakyat mematuhi SOP ditetapkan.

Baru-baru ini, tular video sebuah kenderaan dipercayai milik KKM sedang melawat sebuah kampung di lokasi yang tidak disebutkan.

Melalui pembesar suara, petugas terlibat memberi nasihat agar penduduk setempat sentiasa bersama-sama mematuhi SOP bagi menjauhi COVID-19. Apa yang menarik perhatian ialah cara kreatif mereka menggunakan pantun untuk menyampaikan pesanan.

Walaupun kita saling bercinta,

Janganlah kita berkahwin lari;

Sentiasalah kita menjaga kita,

Duduklah di rumah janganlah lari.

“Kalau mahu kahwin lagi satu, mari hapuskan COVID-19”

Walaubagaimanapun, pantun kedua petugas tersebut sangat menarik perhatian kerana ianya berkait dengan perkahwinan. Dengarkan pantunnya di bawah.

Ungkapan pantun itu membuatkan sebahagian netizen terhibur dan geli hati.

Depan sikit kena sekat dengan persatuan isteri-isteri

Hero istiqamah duduk rumah

Pantun cari gaduh ni

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis

Amira

Love yourself.