Siakap Keli
Gambar: Theamirisa

(Video) “Kenapalah Takda Orang..,” Ayah Sebak Satu Keluarga Buat Kejutan Selepas Semua ‘Buat-Buat’ Lupa Tarikh ‘Birthday’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tiada apa yang lebih menggembirakan daripada melihat orang yang tersayang bahagia. Apatah lagi jika insan itu adalah ibu bapa sendiri yang menjaga kita dari kecil hingga dewasa dengan penuh cinta.

Biarpun bakti mereka tidak mampu terbalas dengan apa jua bentuk balasan mahupun harta, sebagai anak, pasti kita ingin melihat mereka tersenyum gembira.

Baru-baru ini, seorang pemuda berkongsi video menyentuh hati ketika beliau sekeluarga membuat kejutan hari lahir buat ayahnya.

“Tiba-tiba aku teringat masa hari lahir bapak aku. Kami adik beradik bergurauĀ buat-buat lupa hari lahir dia. Kemudian kami kejutkan dia dengan kek hari lahir.

“Tiba-tiba mengalir air mata yang tak ternilai harganya dari seorang ayah. Tolong hargai mereka,” tulis Theamirisa.

Video tersebut mendapat lebih 400 ribu tontonan dan 30 ribu tanda suka. Rata-rata warga maya berkongsi rasa sebak dan menumpang bahagia melihat mereka sekeluarga.

Rindu

Teringat masa hari lahir ayah

Hargai ibu bapa selagi ada, kita tak tahu siapa yang akan pergi dulu

Sumber: Theamirisa

Amira

Love yourself.